Pengikut

Jumaat, Januari 17, 2020

SUKA ITU SUBJEKTIF

Assalamualaikum

Hari ni terlintas nak menaip dalam blog ni.. nak berbicara tentang kalimah "SUKA"
Pada aku, suka itu subjektif. Perkataan suka memberi makna: 1. perasaan girang dlm hati:  apabila ia suka maka ia  ditunjukkan­nya atau, 2. girang hati, senang hati: seperti suka apabila melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi. 4. gemar akan: seperti saya tidak suka memakan daging. Dan banyak lagi maksud bagi menjelaskan perkataan suka mengikut situasinya.

Maksud "suka" yang aku nak gambarkan di sini lebih kepada sukakan kepada seseorang. Bagi aku, apabila kita sukakan seseorang pasti ada sebabnya. Suka melihat wajahnya, suka dengan caranya, suka penampilannya, suka cara dia bercakap, suka cara dia melayan kita dan sebagainya. Lain orang, lain pendapat dan pandangannya..

Suka itu bukan sayang...perasaan suka itu untuk orang ramai. mungkin juga dalam satu masa kita menyukai beberapa orang yang mempunyai personaliti berbeza. sesiapa sahaja berhak untuk menyukai sesiapa tanpa paksaan atau terpaksa. Suka itu hadir dengan sendirinya,seperti apabila terlihat sesuatu yang menarik hati kita maka kita akan menyukainya. Contohnya apabila kita jumpa dengan seseorang lalu berkenalan dan berbicara dengannya, kita jadi suka kerana penampilannya, bukan terus jatuh hati. Kerana jatuh hati akan mengambil masa berbanding dengan suka.

Manakala suka berkaitan barang pula, apabila kita pergi ke kedai dan terlihat sepasang baju...maka kita menyukainya. mungkin juga bagi orang lain, lain pandangan mereka. Kita menyukai baju itu kerana warnanya atau corak yang menarik. Tetapi bagi pandangan orang lain pula, menyukai baju yang berbeza warna, corak atau fesyen. Mereka berhak untuk menyukai mengikut citarasa masing-masing. Itulah yang dinamakan "suka itu subjektif".

Suka pada seseorang yang dimaksudkan tadi bukanlah bermakna kita sayang mereka. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan dalam kita menyukai ramai orang tadi, mungkin ada satu sahaja yang kita sayang. apabila semakin banyak sebab kita menyukai dia, perasaan suka itu bertukar menjadi "sayang". Cuma "sayang" itu hanya untuk orng yang istimewa sahaja. Dari sayang pula akan bertukar "jatuh hati" pula, lalu mungkin juga akan hadir perasaan CINTA kepadanya. 

Oleh itu, pada saya rasa CINTA, SAYANG akan melalui peringkat "SUKA" terlebih dahulu...dan ia timbul dengan mengambil masa yang lama. Bukan sehari atau seminggu atau sebulan...mungkin berbulan-bulan atau bertahun lamanya untuk temui rasa SAYANG kemudian pula rasa CINTA. Semuanya mengikut keserasian jiwa manusia. Jadi, saya akan berasa PELIK jika orang yang saya kenali dan sukai akan menzahirkan rasa CINTA kepada saya setelah sebulan perkenalan...Bukan saya tidak menghargainya...cuma hati berbelah bagi dan menganggap itu mainan kata-kata semata-mata...
jadi, terpulang pada dia untuk meyakinkan saya ..

LOGIK KE???


Isnin, Oktober 14, 2019

Travel to KL 2018

Posting ni dh lama aku draf. tapi tersimpan dh setahun, tanpa sempat aku edit dan post..

23. 8.2018 merupakan hari raya aidiladha utk  hari pertama. Kami sekeluarga hanya menyambutnya di rmh sendiri, kerana tiada siapa di kg.. Mak tlh berada di Sabah seawal cuti tempohari.

Kebetulan cuti kali ni semua anak ibu ada bersama. Ibu merancang untuk makan angin bersama.. Dh lama ibu rancang nk travel ke kl dgn menaiki mrt atau lrt... Inilah masanya...

Kami brtolak petang dlm sekitar pkl 2.30. Selepas selesai menghadiri majlis akikah baby Lestari, ank miey... Kwn wani.. Undangan haruslah dipenuhi... Sampai di Kajang dalam pkl 6 lbh.

Knp Kajang...?? Sbb... Di situ brmulanya mrt utk ke KL dan tmpt2 lain... Kami brmalam di The b' Hotel dgn bayaran rm163 utk 5 org. Keesokkan paginya pkl 8 pagi kami menapak ke stesen mrt. Ibu guna touch n go, ank2 guna ic...

Destinasi pertama kami muzium negara.. Bayaran masuk rm2 seorang...






dah puas meronda Muzium Negara, kami teruskan naik LRT menuju ke KLCC


Suria KLCC




KLCC

Selesai meronda KLCC kami tengok2lah  transit map, arah seterusnya.. tapi kami decide utk pergi Taman Orkid sahaja dengan menaiki grab. Pergi dengan ALza dan balik dengan Exora... selesai meronda KL (ada beberapa tmpt lagi yg kami pergi tapi tak catat di sini) menaiki LRT dan MRT kami balik semula ke Kajang tempat penginapan semalam. selesai solat, bersihkan diri ..kami pulng semula ke Johor


                                                                        Taman orkid.
Sebenarnya di sekitar Tman Orkid terdapat Taman Burung dan sebagainya. Tapi kitorang  tak masuk.



Ni adalah gambar 2017 bawa anak2 jalan2 di melaka naik bot... best jgk melihat kota Melaka dengan menaiki bot...

Thun 2019 ni sedang merancang nk bercuti tempat yang jauh sikit tanpa aku drive. 

Rabu, Mei 29, 2019

Catatan umrah musim sejuk Disember 2017




          Berhenti solat Subuh sebelum tiba di Madinah
       

Alhamdulillah.. Diberi peluang oleh Allah kerana dijemput untuk menunaikan umrah utk kali pertama... Pelbagai ujian yg kami tempuhi sebelum dpt visa... Namun, dgn izin Allah.. Akhirnya semua ujian dan rintangan dpt diatasi dgn panduan mutawif dan bantuan ahli keluarga. Sudah byk kali aku dan ank lelaki yg aku bawa brsama menitiskan air mata dgn ujian trsebut.

Penerbangan dr klia hingga ke air port Makkah mengambil masa hampir 9 jam. Oleh kerana tidak biasa dgn situasi ddk berlama2.. Aku tidak dpt melelapkn mata selama penerbangan pergi itu. Aku asyik melihat ke luar tingkap. Penerbangan kami menggunakan perkhidmatan nesma airlines. Setelah tiba di air port  Jeddah, kami berkumpul untuk menaiki bas dan sambung perjalanan ke Madinah. Perjalanan ke Madinah pula mengambil masa hingga 8 jam.

Dalam perjalan itu, mutawif menyampaikan beberapa hadis nabi berkaitan situasi di bumi haramain...

Dijelaskan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا
. “Tidak akan tiba hari Kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai.” .


Sepanjang perjalanan dr Jeddah ke Madinah yg mengambil masa hampir 8 jam.... Kelihatan banyak bukit2 dan gunung, yang dahulunya sebagai padang jarak, padang tekukur kini..kebanyakan di tepi jalan dan bukit2 tersebut tlh ditumbuhi dgn pohon2 hijau.. tahukah anda apakah petanda disebalik kejadian ini..?



Kami berhenti solat subuh di rnr. Pertama kali menjejakkn kaki ke bumi Madinah.. MasyaAllah... Sejuknya tiupan angin di sana hingga menusuk ke tulang... Air paip terasa sprti ais...

Ikuti kisah lucu ini ketika tiba di rnr... Setibanya di sana, aku, bonda, ank lelakiku dan adik bungsuku terus ke tandas untuk qadha hajat...ya Allah...sungguh tak tahan kerana beristinjak dgn air sejuk sprt ais. Waktu itu jam pukul 5.30 pagi.. jika di Malaysia waktu itu sudah azan subuh..aku dan bonda terus berwudhuk utk solat subuh... Selesai berdoa, kami bergerak untuk menaiki bas kembali. Dlm masa berjalan menuju ke bas..tiba2... Allahhu Akbar, Allahhu Akbar.. azan berkumandang.. aku dan bonda saling menatap wajah .. "mak..baru azan subuh" Lantas aku tertawa dan mengajak bonda kembali ke surau.. selesai solat subuh... Kami meneruskan perjalanan ke Madinah..

Setibanya di Madinah jam 8 pagi. Menjejakkn kaki di bumi Madinah terasa amat bersyukur.. angin sejuk menerpa ke wajah kami.. lantas kami kesejukan dan menggigil... Terus decide utk sarung sweater kembali.. dr luar hotel ank lelakiku memberitahu...ibu, sana tu masjid Nabawi..nmpak bumbung2 atap berpayung tu... bagasi dan beg2 diturunkan dr bas.. lalu menunggu mutawif memanggil nama ketua keluarga kami utk ambil kunci bilik hotel.. kami sekeluarga menginap sebilik 4 katil yg disusun rapat... kami berehat sementara menunggu waktu zuhur  lbh kurang jam 12.30 tghri.



Pemandangan sebuah kawasan tempat merpati berkumpul dan makan, berdekatan dengan masjid Nabawi
.
Madinah waktu ini adalah musim sejuk dengan 13°c waktu ini... Pd hari pertama kami tiba suhu 11°c.. tak tertanggung sejuknya...😊


Hari pertama umrah musim sejuk Disember 2017...
Ziarah dalam iaitu ziarah makam nabi dan para sahabatnya Abu bakar As-Siddiq dan Umar bin Alkhattab.

Kami juga berpeluang solat sunat dan berdoa di Rawdhah . Sabda nabi saw;
"Di antara mimbarku dan makamku terdapat taman syurga, dan mimbarku itu adalah salah satu pintu-pintu Dr syurga"






Hari pertama di bumi Madinah

Sungguh aku tak dapat lupakan..betapa payahnya mnunggu giliran untuk masuk ke Raudhah... Menunggu berjam2 sehingga hampir terlelap smbil duduk.. namun apa kan daya..wudhuk perlu dipelihara utk memudahkan kami melakukan solat sunat di dlm Raudhah. Kelihatan org2 arab berjubah dan berniqab hitam begitu mudah mendpt kebenaran masuk yg dikawal ketat oleh pengawal wanita arab... aku rasa nk pakai bgitu jika di beri peluang ke sana lg...utk aku mudah masuk ke Radhah. Akhirnya, alhamdulillah...giliran kami yg dipimpin seorg wanita Indonesia sampai dan  dibenarkan masuk. Wanita itu memimpin dan mengawal pergerakan kami spya tidak dipijak jemaah asing ketika sujud... 

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼


Hari kedua....

Suhu hari ni 12°c ... Memang sejuk... sehingga kulit kaki, jari, muka dan bibir kita mula mengering....mujur kami bawa bersama krim Vaseline.. mengurangkan sedikit rasa kurang selesa..

#Ziarahluarkotamadinah







Bersiap2 untuk ziarah luar....

Destinasi pertama ziarah luar ialah ke masjid quba'.. alhamdulillah sempat menunaikan solat tahiyat masjid dan solat dhuha...

Semoga Allah memberi ganjaran pahala sebagaimana yang tlh nabi janjikan...

Sabda nabi s.a.w: "barangsiapa yg solat sunat di masjid quba' pahalanya seperti membuat sekali umrah"

 Alhamdulillah..berpeluang mengerjakan solat sunat di masjid Quba' .. 

 Selfie ngn bonda...

Aku mengenakan niqab kerana menutup hidungku yg perit disebabkn cuaca amat sejuk di sana... Tiap malam, kami akan membersihkan hidung yg trdapat seperti darah beku. Nk bersihkan pula memerlukan kesabaran..sbb dalam rongga hidung yg dlm... Sakit...

Destinasi seterusnya utk ziarah luar ialah Jabal Uhud. 
Jabal Uhud ialah bukit yang dijanjikan di syurga...

"Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud". Nabi SAW bersabda, 'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga'," demikian hadis yang dirawikan HR Bukhari.




 Pada awlnya aku dan ank lelakiku hanya menikmati pemandangan sekitar Jabal Uhud sahaja. Memandangkan ramai jemaah yg menaiki bukit kecil di depan jabal Uhud ni.. aku x ambil kisah utk mendakinya..


 Namun, bila dh daki.. terus rasa teruja..sbb ustaz bgtahu..bukit inilah tmpat pemanah memanah musuh semasa peperangan Uhud..
Allahu Akbar... Tak dpt aku bayangkan bagaimana suasana ketika itu..



🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Hari ke 3..
Jalan² ke pasar kurma.. kami menapak je ke sana.. .
Suhu pagi ni 12°c, dh turun awalnya dgn baju dua lapis..tp oleh kerana x tahan kesejukan...kami decide sarung la sweater...

Selfie dulu sblm ke pasar kurma


Berbaki sehari lagi kita berada di bumi Madinah atau dikenali sebagai kota Yathrib suatu ketika dahulu... Lusa kita akan berangkat ke kota Mekah untuk mengerjakan umrah..

Gambar ini, ketika hendak menunaikan solat asar 3.15 pm. Manakala waktu sekarang ini, sdg menanti masuknya waktu maghrib pd pukul 5.33pm sebentar lg...

Suhu ptg ini(19°c), tidaklah sesejuk waktu pagi (12°c). Terasa waktu malam di sini lbh panjang dr waktu siangnya .. benarkah?

Alhamdulillah... Moga terus sihat utk mengerjakan umrah...

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼


Hari ke 4 suhu 13°c... Terasa sebak hendak meninggalkan bumi Madinah kerana slps zuhur kami akan berangkat ke Makkah utk mengerjakan umrah...

Sejurus slps sarapan pagi, kami pergi ke makam nabi dan berjalan sekitar masjid utk melihat sekitarnya sebelum berangkat pulang... Kami juga sempat ziarah bani Saedah iaitu tempat khalifah saidina abu bakar dilantik menjadi khalifah...

Rasa sangat2 bersyukur kerana dijemput Allah ke sini..
Pasti kami akan merindui utk ke sini semula...

 Bani Saedah... Tmpt Khalifah Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama.. sebuah taman kecil, cantik..menenangkan...



Aku dan ank lelakiku yg menemaniku mengerjakan umrah.. t.kasih syazni jaga ibu dan menjadi peneman ibumu... Kita doa2 banyak2 di sini.. semoga Syazni cemerlang SPM nnti..

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Selepas menunaikan solat jamak zuhur dan asar, sebagaimana yg diarahkan mutawif kami bertolak ke Makkah menaiki bas tempoh perjalanan yg lama .. berhenti rehat di rnr. Menikmati bekalan makanan yg disediakan pihak travel Al-Fajr. 

Tiba di sana pak arab membntangkan plastik besar.. aku n ankku serta adik lelakiku pun terus ddk ats plastik tu..sementara tu bonda pergi ke tandas.. yg aku gelihati bila ingat balik ialah...bondaku bgtau pak arab letak plastik tu utk bekas makanan kita mkn. Bkn utk kita ddk mcm tikar...😁😁😂😀



Bergambar dgn cg Padilah sejurus sampai di kota Makkah dan sebelum mengerjakan Umrah wajib 

Tepat pkl 9 mlm wktu Makkah...selamat tiba di hotel awttad Makkah... 
Sebelum tiba di sini...bermiqat di zulhulaifah. Perjalanan selama 8 jam Dr kota Madinah al-Munawwarah ke kota Makkah... 

Akhirnya dpt bertemu cg Padilah isteri kpd mutawif yang sepatutnya kami berangkat pd 4 Disember 2017...sprti yg aku cerita di awal td... Trip umrah aku trtangguh dan terpaksa mengikut kumpulan dr travel alfajr juga tp, mutawif dr seremban.

Gambar: sebelum kita nk mengerjakan umrah bersama mutawif ust Nur Azlan..

Alhamdulillah..




Ini pula gambar di hadapan pintu masuk Baitullah.. Untuk umrah sunat.

Aku akan cuba untuk sambung catatan ini di lain kali.. In sya Allah..jika ada kelapangan dan keizinan

Rabu, Oktober 24, 2018

Throw back

Mlm ni kemaskini laptop kononnye...mn2 dokumen dh lapok atau xguna aku delete ... Siap proses "kemaskini"  tu..aku tengok2 gmbr2 sekitar tahun 2009-2011. Byk nostalgia2 silam yg terimbas kembali... Paling aku suka bila tengok gmbr ank2..comel2 mereka...

Dlm pada itu, trjumpalah gmbr banjir besar segamat kali kedua tahun 2011. Allahu Akbar... Tak terkata utk aku catatkn di sini...😫😫😫😫😓😓😓






😓😓😫😫 Kini rmh aku tu tinggal kenangan.. aku jual kpd seorg guru wanita yg masih solo wktu tu..sekitar tahun 2016