Pengikut

Ahad, Oktober 04, 2009

Berangkat ke MESIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Sebenarnya bukan saya yang nk ke MESIR ni... Saja nk merasa beg yang beratnya 21 kg ni.

Tengok apa tu Syazni......


Sebenarnya NABILAH yang hendak ke Mesir untuk melanjutkan pelajarannya.... Begitu sayunya hati emak dan ayah untuk berpisah dengan Bella. Kami juga memahaminya dan terasa sayunya juga....


Sebelum Bella berangkat kami sempat bergambar kenang-kenangan. Lepas ni 4 tahun lagi baru jumpa kembali.....



Kami sekeluarga doakan untuk Bella, semoga sihat sentiasa untuk menimba ilmu nun jauh di perantauan sana. Semoga Bella pulang nanti dengan kecemerlangan. Doa kami sentiasa mengiringi Bella selama di sana.

**************************************

Perjalanan pulang kami singgah di Melaka, naik Menara Taming Sari.
Berjalan-jalan di Padang Pahlawan. "Bastion Santiago" kota pertahanan Melaka ketika pemerintahan Portugis dijumpai tertimbus ketika pembinaan Padang Pahlawan, tempat bersejarah di Melaka.

Penat jugalah berjalan, hari ini saya duduk di rumah terasa peha dan betis saya sengal2..... Tapi yang peliknya anak saya tak terasa apa2 pun. Mungkin atas faktor usia dan penat, sebab hari sebelumnya saya baru drive pulang dari belajar di IPTHO.


****************************

Insan-insan tersayang Bhgn 2:

Sebelum ini saya telah upload gmbar2 insan2 tersayang dalam hidup saya iaitu keluarga saya sendiri. Kali ini saya sambung kembali insan2 yang gambarnya saya belum upload haritu..



Inilah ayah saya Hj Ibrahim bin Atan berusia 69 tahun, seorang pesara guru. Adik saya nombor 3, Muhammad Shafie seorang guru di SK Monfort, Bt Pahat. Muhammad Zharif masih menuntut di SMKA Parit Raja.

4 ulasan:

nornilia berkata...

baru ist year kat Mesir?kos ape?malam esok saya plak nak anta adik ipar balik mesir gak..tapi dia da 4th year kat mansourah university

shila berkata...

Ha 'ah 1st year.. kos syariah. kt university al-azhar

anjut berkata...

huhu. tahniah, semoga Bella belajar dgn tekun.. saya pernah ke sana, so saya tahu cabaran nya mcmana...huhu. untung nya bella ramai yg hantar. masa saya nak fly dulu, mak ngah n pak ngah pun x der, coz x larat nak gi jauh2...tp x pe, doa mereka bersama saya.. insya'allah.

shila berkata...

Tul la anjut... yang penting "doa"...dan pandai jaga diri..