Pengikut

Khamis, Disember 08, 2011

Sebab Doa tidak diterima Allah

Doa adalah penyeri kehidupan. Doa bermaksud, memohon sesuatu kepada Allah s.w.t yang merupakan keperluan rohani dalam kehidupan manusia.

Azalinya manusia tidak dapat hidup dengan sempurna tanpa berdoa kerana manusia hanya mampu berusaha sahaja tetapi Allah s.w.t jualah yang menentukannya. Oleh itu, kita sebagai anak Adam hendaklah meminta kepada Allah s.w.t dan jangan meminta kepada makhluk Allah s.w.t.

FirmanNya dalam surah al-Fatihah yang bermaksud:

"Hanya Engkau sahaja kami menyembah dan akan Engkau sahaja kami memohon pertolongan"


Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli sufi terkenal) berada di pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya:

"Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami memohon kepadaNya?"

Jawab Ibrahim: "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara."

Berikut adalah sebab2 doa tidak diterima Allah sebagaimana dijelaskan oleh Ibrahim bin Adham:

1) Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya

2) Kamu menyangka kamu menyintai Rasulullah, teteapi kamu meninggalkan suruhannya.

3) Kamu telah membaca al-Quran, tertapi kamu tidak beramal dengannya.

4) Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.

5) Kamu telah berkata Syaitan adalah musuhmu, tapi kamu tidak menentangnya.

6) Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7) Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak berusaha lari darinya.

8) Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

9) Kamu bangun dari tidur, kamu menceritakan ke'aiban manusia, tetapi kamu lupa ke'aiban diri sendiri.

10) Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat2 kamu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.



Petikan dari modul HBIS3403 Pendidikan Islam Tingkatan 2 (OUM)

Tiada ulasan: