26 Januari 2025:
Tiba-tiba aku teringat bahawa aku mempunyai satu blog sejak 2009. Dulu-dulu berminat menjadi seorang blogger
Lantas jariku menaip tajuk blogku sendiri di search.
Bila keluar sahaja blog aku ini... lantas semua memori yang ku lalui sejak tahun 2009 sehinggalah blog ini menjadi sepi 2 tahun lalu bermain di fikiran satu persatu. (berdasarkan catatan terakhirku pada 2020). Tiba-tiba aku rasa sebak atas apa yang aku alami sepanjang hidupku sebelum ini.
Namun tidaklah semua tercatat di dalam blog ini.. ada yang ku simpan sebagai rahsia peribadi. Apabila kita telah lalui kekecewaan dalam hidup, kita akan merasa apa yang indah semua tidak bererti lagi. Kesedihan masih lagi menyelubungi hati ini. Tapi aku tetap bersyukur atas apa yang aku perolehi hari ini. tak semua orang mampu hadapi hidup seperti aku..
Adakah aku akan menulis lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan