Pengikut

Rabu, Jun 24, 2009

Sambung Belajar....

Dua hari lagi sy akan meninggalkan (untuk sementara waktu) anak2 murid sy. Rasa sebak juga nk pergi ni... Sebenarnya sy akan mengikuti KDP (Kursus Dalam Perkhidmatan) selama 14 minggu di Institut Perguruan Tun Hussin Onn, Batu Pahat. Ambil pra sarjana muda. Dah lama tak belajar, rasa dh jadi beku otak ni plk. Tapi demi masa depan sy dan anak2 didik sy, sy akan cuba teruskn. Sebenarnya sy rasa iri hati dengan kawan2 sy yg telah ramai graduate. Sy masih mcm ni... Itu yang membuatkan sy rasa lebih bersemangat.

Anak didik sy dr kelas 1 Teratai.


1 MELATI (murid KIA 2M)

2 Teratai (lelaki uniform putih-anak saya SYAZNI)

2 Melati

Sayangnyaaaa... nk tinggalkan diorang.

Melihat wajah2 comel ini, sayu hati nak meninggalkan mereka. Tapi cikgu pergi hanya untuk seketika dan ini semua demi masa depan cikgu dan anak2 murid cikgu juga....

SAYANG ANDA SEMUA...

Hati rasa gembira berbaur terharu bila melihat kejayaan yang dicapai oleh anak2 didik saya. Dari tak tahu membaca dan menulis kepada pandai membaca dan menulis... Memang satu cabaran yang besar untuk guru seperti saya untuk mendidik murid2 di tahap begini.
Namun, bila mereka sudah menginjak ke tahap 2 (tahun 4,5,6) seolah-olah mereka telah melupakan jasa kita yang mula membimbing mereka ke arah itu.... Mereka hanya mengenang jasa guru yang mengajar mereka ketika di tahun 6 saja. Mengapa dilupakan jasa guru yang membimbing mereka memegang pensil, mengenal huruf dan belajar membaca dari A sampai Z dan dari ALIF sampai NYA......



JAM BARU SAYA....




3 ulasan:

adikmu berkata...

cantik jam..hadiah birthday ke??

deenorsya berkata...

YESSS....!!!

Mohd.Noor Azam bin Ateh. berkata...

Kak Shila..wah wah...cantik jam.siap ada love lagik.