Pengikut

Jumaat, Disember 11, 2009

PROFESIONAL ETHICS

Makna Etika:
Prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan tidak serupa untuk setiap individu. Etika digunakan sebagai kepercayaan peribadi seseorang individu tentang kelakuan yang betul dan yang salah. Apa yang membentuk kelakuan akhlak atau etika, boleh berubah dan berbeza daripada seseorang individu kepada individu yang lain.

Etika merupakan satu perbandingan dan bukannya mutlak. Ini bermakna ianya bergantung pada pandangan seseorang itu, sama ada sesuatu perbuatan itu beretika atau tidak. Secara umumnya sesuatu perbuatan dikatakan beretika sekiranya diterima oleh norma masyarakat (tak kira betul atau salah).

Makna Etika Profesional:
Etika profesional ialah prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka dalam menjalankan tugas mengikut nilai dan amalan profesional serta mengikut etika yang ditentukan.

Sebagai contoh, doktor dan peguam dikawal oleh etika profesional. Mana-mana doktor atau peguam yang melanggar etika tersebut boleh dihalang dari melaksanakan tugas mereka dalam bidang tersebut.

Faktor yang mempengaruhi pembentukan etika:
1. Pengaruh keluarga
2. Pengaruh rakan sebaya
3. Pengalaman hidup
4. Nilai peribadi dan prinsip moral
5. Faktor situasi

Pandangan tentang etika:
Apabila individu berhadapan dengan isu etika, mereka memerlukan satu panduan dalam memilih tindakan yang betul dalam membuat keputusan. Keputusan tersebut bergantung pada pandangan seseorang tentang etika.

Terdapat empat pandangan mengenai etika:
1. Utilitarian:
Satu keputusan yang diambil untuk kepentingan majoriti (masyarakat ramai), walaupun
tindakan tersebut memberi kesan buruk kepada sebahagian masyarakat sahaja.

2. Golden Rule:
Berdasarkan agama kristian; lakukan pada orang lain sepertimana kita nak orang lain lakukan
pada kita. (do to others as you would have them do to you).

3. Kantian/Rights:
Immanuel Kant (ahli falsafah) percaya moral moral merupakan sesuatu yang universal dan
setiap orang ada hak tertentu. Antaranya:
i) Hak penyutujuan percuma - Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya sekiranya mereka
setuju dan bersedia untuk dilayan.
ii) Hak untuk bersendirian - Setiap orang berhak untuk melakukan, mendedah atau
merahsiakan kehidupan peribadi.
iii) Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati -
- Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya
melanggar prinsip moral.
iv) Hak untuk kebebasan - Setiap orang berhak mengkritik suatu etika organisasi secara
berhemat, selagi tidak mencabuli hak individu di dalam
organisasi tersebut.
v) Hak proses berpatutan - Setiap orang berhak dibicara secara adil sekiranya hak mereka
dicabuli.

4. Menyedarkan kepentingan diri:
Walaupun kepentingan diri menjadi satu keutamaan, kesejahteraan masyarakat masih diambil
berat dalam melaksanakan tugas.

Tiada ulasan: