Pengikut

Sabtu, Mac 05, 2011

Episod hari ini

Indahnya alam ciptaanMu ya Allah, memberi ketenangan kepada sesiapa yang memandangnya..

5 Mac 2011:

Alarm handsetku berbunyi, segera aku tekan 'snooze'. Kebiasaanku akan berbuat demikian sebab alarm handset aku set snooze time out 10 minit. Aku melihat jam di handsetku, dah pukul 4.50 pagi. "eh..kenapa tak bunyi waktu yang aku set (4.40)?" Mungkin, aku tak sedar aku telah tekan snooze waktu itu. Bingkas aku bangun. Aku perlu segera mandi. Kali ni aku kena bertolak awal daripada biasa.

Aku selesai bersiap jam 5.35, lantas aku menjengah anak daraku. Aku mengejutkan mereka dan berpesan macam-macam sebagai seorang ibu. Entah dia dengar atau tidak,aku tak pasti. Aku segera turun ke tingkat bawah sambil membimbit barang-barang yang perlu ku bawa. Selesai mengisi air dalam botol mineral, aku segera start kereta. Tepat jam 5.40 aku bertolak di pagi subuh nan dingin.

Keretaku meluncur dengan tenang sambil berbekalkan doa mengiringi perjalanan. Aku perhatikan hanya keretaku yang ada di jalanraya waktu itu. Sedikit pun aku tidak rasa gusar. Sesekali ada sebiji kereta memotong keretaku. Di depan keretaku pula ada sebuah lori yang dipandu perlahan, segera aku memotongnya. Di radio sayup-sayup kedengaran alunan zikir menusuk jiwa. Terasa tenang jiwa di waktu itu.

Aku merancang untuk berhenti solat subuh di Petronas Labis. Aku mengagak, tentu di situ terang oleh sinaran lampu. Setibanya aku di situ, aku menuju ke bilik solat wanita. Aku mahu segera, kerana aku tak mahu perjalananku terlambat untuk sampai ke destinasi seperti hari sebelum ini. Sungguh hampa ku rasakan bila pintu bilik solat berkunci. Aku segera mendapatkan cashier dan bertanyakan tentang kunci. "Mintak maaf kak, kunci tak ada. Akk boleh solat di tempat lelaki ye." Aku mengangguk setuju.

Lama juga aku menunggu seorang lelaki sedang solat. Lantas aku membuat keputusan untuk solat di masjid Labis. Setibanya di situ, aku perhatikan kawasan masjid Labis gelap. Aku tertanya-tanya, mana para jemaah masjid ni? Belum datang atau memang tak datang? Sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 6.10 pagi... waktu subuh baru saja 5 minit berkumandang. Tiba-tiba aku menjadi takut..takut untuk masuk ke masjid itu kerana gelap, takut kerana sekiranya aku masuk juga, aku tak akan jumpa suis..takut juga andai aku solat di situ..ada orang yang tak dikenali menegurku.. ah..macam-macam aku fikir..!!

Aku teruskan perjalananku untuk singgah masjid Chaah. Fikiranku menerawang, mana letaknya masjid Chaah? Aku jadi lupa sejenak. Tiba-tiba, aku jadi seram sejuk bila memerhatikan kiri kanan jalanraya gelap waktu itu. Aku rasakan aku berada di alam lain, semacamnya ada ramai manusia di hadapanku. Seolahnya mereka mengajak aku singgah di tempat mereka. Ish!! kenapa dengan aku ni? Aku tabahkan hati...

Hampir tiba di Chaah, aku membuat keputusan untuk singgah di Petronas sahaja. Apabila tepat mataku memandang ke arah Petronas, serta merta pandangan ku alihkan kepada bangunan sebelah petronas. Ah, lega...ada masjid di sini rupanya... Kelihatan jemaah lelaki baru saja selesai solat dan keluar dari masjid tersebut. Aku seorang sahaja perempuan. Aku beranikan diri...

Ya Allah, terasa tenangnya aku solat di rumahMu ini, nyaman dan damainya hatiku kerana dapat menunaikan perintahmu di pagi nan dingin ini. Selesai solat, aku teruskan perjalanan. Alangkah terkejutnya aku..pintu masjid semuanya tertutup. Hanya 1 lampu terpasang di tempat lelaki. "Terkuncikah aku???" "Syukur..tidak.."

Susana menjadi terang apabila perjalananku sampai ke Yong Peng. Aku teruskan perjalanan ke Batu Pahat melalui jalan menghala ke Parit Yaani. Akhirnya, Alhamdulillah...perjalananku selamat sampai ke destinasiku iaitu OUM BP tepat pukul 7.40 pagi. Syukur kepadamu ya Allah, keranamu aku selamat sampai sebelum tutorialku bermula pukul 8.00. Pada hari ini, aku keluar awal pagi kerana aku tak mahu lewat lagi untuk masuk tutorial. Sudah 2 kali aku terlewat kerana bertolak selepas subuh. Aku rasa malu dengan pensyarah. Seorang guru seperti aku tidak boleh menepati masa untuk tutorial, tapi kali ini aku tiba awal daripada biasa.

Inilah episod perjalanan hidupku untuk hari ini...05/03/2011 ~ tutorial ke 3 OUM BP.

6 ulasan:

Ateh Salim berkata...

Alhamdulillah....semoga anak saudara ku ini sentiasa dalam perliharaan Allah.

shila berkata...

Amin...ya rabbal 'alamin..

(^.^) Enn & Azz (^.^) berkata...

mula2 mcm seram jgk bace...best citenye..hehe..apepun,semoga klong sntiasa dilindungi Allah & brjaya tamatkan pengajian ok...amin..

shila berkata...

berlatih mengarang novel..haha..tp mmg betul dr labis nk ke chaah, rs meremang2..knpa ntah!!

umi_kalsom berkata...

kak long pandai menulis la.. pembaca turut merasa keseraman itu...

shila berkata...

nk tarik pembaca terus membaca blog ni(perasan)...selain tu pengaruh dari mengarang assignment jgk..