Pengikut

Ahad, Februari 27, 2011

Jangan suka menabur fitnah

Manusia dijadikan Allah sebaik2 kejadian. Punyai akal waras untuk berfikir, untuk menilai buruk baiknya sesuatu perkara. Untuk membeza amalan yang membawa pahala dan membawa dosa. Supaya diri kita selamat dari kutukan Allah dan balasan buruk dariNya. Namun, manusia seringkali lupa dan lalai. Temasuklah diri penulis sendiri. Seringkali merasa seronok dengan keindahan dunia… Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya apabila kadang-kadang itu, ada juga tikanya baru saja kita nak mengecap ketenteraman dan ketenangan hidup, timbul sesuatu perkara yang tidak menyedapkan hati kita. Dan kita tertanya, mengapa Allah datangkan ujian ini kepada kita…mengapa ketenangan yang baru kita miliki ini telah dicemari oleh insan-insan yang suka mengkritik, mengadu domba, menghasut, melaga-lagakan sesama kawan dan menyebarkan fitnah yang tidak sepatutnya. Tapi, Allah itu maha adil. Tidak ia datangkan balasan kepada insan yang seringkali bersikap demikian terhadap kita dengan serta merta kerana Allah beri peluang kepadanya bertaubat.

Barulah kini kita sedari bahwa itulah petanda Allah itu sebenarnya tidak melupakan kita atau bukanlah tidak menyayangi kita apabila kita ditimpa sesuatu musibah. Itu petanda bahawa Allah sentiasa ingatkan kita, menyayangi kita.. apa yang berlaku itu adalah teguran kepada kita supaya kita tidak sentiasa leka dengan nikmatNya, supaya kita sentiasa mensyukuriNya, semua yang didatangkan Allah kepada kita adalah untuk kita membetulkan kesilapan sendiri dan berpeluang meningkatkan keimanan dengan bertaubat, berdoa dan banyakkan berzikir dengan nama-nama Allah yang baik iaitu Asmaul Husna.

Alangkah baiknya, andainya dunia ini berjalan dengan aman dan tenteram. Dilindungi dari segala fitnah dan dosa yang berpunca dari sekeping hati yang rosak. Kerosakan yang membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup seseorang individu. “Fitnah” adalah salah satu penyakit hati kebanyakan di antara kita. Perbuatan fitnah ialah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Akibat perbuatan ini mencetuskan sengketa antara dua pihak. Biasanya individu yang suka menyebar fitnah akan sentiasa mencari sesuatu berita yang boleh dijadikan bahan fitnah dan permusuhan antara insan. Jadi, apakah hukum melaga-lagakan sesama manusia? Sedangkan Allah berpesan supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia…

Fitnah itu suatu dosa yang berat. Hakikatnya fitnah ini berlaku apabila seseorang memindahkan pembicaraan seseorang kepada orang lain untuk merosakkan hubungan mereka. Oleh itu jangan sesekali kita jadi tukang fitnah kerana itu telah diharamkan oleh Rasulullah s.a.w daripada masuk syurga. Tukang fitnah adalah seburuk-buruk makhluk Allah di muka bumi ini… marilah sama-sama kita tingkatkan amalan supaya jauh dari siksaan Allah...

"Yang baik untuk dikongsi" kalau ada yang buruk janganlah dicaci, tapi itu berpunca dari kelemahan & kekurangan diri penulis...Wallahu a'alam...


Tiada ulasan: