Pengikut

Ahad, Disember 13, 2009

CUTI SEKOLAH YANG MEMBOSANKAN...


Salam sejahtera....


Semalam, 12 Disember 2009 saya baru sahaja selesai menduduki mid term exam (pep pertengahan semester) bagi program yang saya ikuti iaitu Sarjana Muda Pengajaran (pendidikan rendah) AMBILAN KHAS September 2009. Saya menduduki kertas Professional Ethics. Susah juga soalannya kerana mengelirukan lebih-lebih lagi soalan yang berbentuk kes. Mudah-mudahan saya lulus nanti... Tapi, apa yang mengejutkan, sebelum kami menjawab pengawas peperiksaan mengumumkan bahawa peperiksaan final pada 30 & 31 Disember 2009. Peliknya.... Kesian kami... Sebenarnya ketika sesi taklimat semasa pendaftaran di OUM JB kami telah diberitahu bahawa semester kami ni "semester ekspress". Kami kohort 7 kohort terakhir, semester yang sepatutnya 3 bulan disingkatkan menjadi 1 bulan sahaja. Ini kerana kami kena kejar kohort 6 yang akan masuk semester 2 pada bulan Januari nanti. Jadi, kami kena rush....


Saya sudah hampir rasa putus asa dan hampir-hampir nak tamatkan saja pengajian ni...dahlah 1 bulan, subjek yang susah ethics kerana modul dalam Bahasa Inggeris...walaupun ada photostat bahasa melayu, tapi rasa susah jugak kerana penyampaian bahasa dalam modul susah difahami. Hanya harapkan lecture ms tutorial nanti... Dua subjek lagi "seni dalam pendidikan" dan "teknologi maklumat dalam pendidikan" ada assignment untuk mid term dan ada exam untuk final nanti... Itu yang saya asyik ngadap buku....laptop aje.... buku untuk study, laptop buat assignment... sampaikan adik saya yang belajar di UKM tegur " Kak Long ni asyik baca buku je..."


Sekarang saya sedang bertungkus lumus nak menyiapkan assignment yang nak hantar dalam masa 7 hari lagi... sempat ke..???? lepas tu dalam seminggu nak study 3 subjek untuk final exam....


Walau bagaimanapun, saya kena usaha juga...saya tak mahu berhenti sekerat jalan. Apa yang saya dah lakukan, selagi ia baik untuk diri saya dan keluarga saya, saya akan teruskan...Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...berilah ketenangan kepadaku menghadapinya... AMIN!!

4 ulasan:

Pak Lang berkata...

Teruskan. Ingatlah apa cita-cita dan matlamat awal semasa hendak belajar dulu. Di samping itu jangan abaikan anak-anak. Mungkin mereka belum/tidak faham situasi sebenar. Katakan kepada mereka: Mak belajar untuk masa depan, anak-anak pun kena belajar. Mari kita sama-sama belajar. Kerana pelajaranlah yang akan mencerahkan kehidupan kita.
Pak Lang doakan Silla berjaya dan tabah menghadapi semua cabaran dan dugaan.

Pak Lang dah lama tak jumpa Din!

Shila berkata...

ta pak lang.....
nasihat pak lang macam pensyarah saya..
en zulkipli yaakob (kwn pak lang)

Shila berkata...

silap taip...
TQ PAK LANG.....

umi_kalsom berkata...

insya Allah k.long.. selagi niat kita baik, Allah akan permudahkan urusan hambaNya..

kami sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kak long... amin..