Pengikut

Khamis, Disember 31, 2009

Buang bayi....



Salam sejahtera...
Apa nak jadi dengan manusia dan dunia zaman maju sekarang...sudah hilang sifat kemanusiaan sehingga anak sendiri pun mahu dibuang. Di mana letaknya akal..? Sedangkan binatang pun tahu sayangkan anaknya... Apa sebenarnya punca hingga mereka sanggup membuang anak sendiri? Adakah sudah hilang rasa kasih sayang di hati manusia kini atau rasa MALU yang menebal?

Persoalan inilah yang menjadi tanda tanya. Mereka tak takut membuat dosa, tapi merasa malu dengan akibat dari dosa yang telah mereka lakukan. Tidakkah mereka ketahui membunuh dan membuang anak itu satu kesalahan yang mendatangkan dosa besar selain melakukan perhubungan haram hingga melahirkan anak luar nikah.... Kes membuang bayi perlu dianggap satu isu besar yang patut membawa hukuman besar kepada pesalahnya sama seperti kesalahan membunuh.

Dari mana pula puncanya...??? Apabila masalah ini berlaku tentu kita mengaitkan dengan kurangnya didikan agama dalam hayat mereka. Di sinilah peranan ibu bapa penting bagi memastikan anak-anak mereka cukup didikan agama sebagai pegangan mereka apabila besar nanti. Ibu bapa janganlah terlalu mementingkan material hingga mengabaikan didikan anak. Didikan agama dilepaskan kepada sekolah semata-mata, sedangkan tiada pemantauan ibu bapa di rumah. Sebenarnya, masa anak-anak kita banyak dihabiskan bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Oleh itu, jika masalah ini terjadi di kalangan pelajar sekolah, janganlah hanya menuding jari kepada pihak sekolah sahaja.

Apa yang penting, selain didikan agama, ibu bapa perlu memastikan perkembangan anak mereka. Bimbing mereka supaya kehidupan mereka terarah ke jalan yang diredhai. Ketahui di mana mereka berada setiap masa agar mereka merasa diri mereka disayangi bukan sentiasa dikawal. Tanggungjawab sebagai ibu bapa amat berat sekali. Mendidik anak dan menjaga kesejahteraan keluarga adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah dan akan ditanya di akirat nanti.

Oleh itu, kita perlu melihat dan memikirkan....Mengapa........
Semakin manusia menuju era globalisasi dan dunia IT.... adab, nilai-nilai moral dan pegangan agama semakin ditinggalkan...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Kak Shila,

Didikan agama memang penting, tetapi adlh penting juga penghayatan thdp didikan tsebut.
Justeru dikatakan, bertafakur walau sesaat itu adalah lebih bermanfaat drp terus2an beribadah.

A'alam.

A.Z Ibrahim berkata...

berlaku dimana?? kalau indonesia.. biasanya mereka masih lagi berpegang pada khurafat.

Shila berkata...

SETUJU..!! wahai tanpa nama... sape ni?
dh mcm ruangan forum plk....

Tanpa Nama berkata...

jom bforum-forum..:)
"Between the right doing and wrong doing, there's a field. I meet you there".-Rumi