Pengikut

Rabu, Januari 13, 2010

PROFESIONAL ETHICS(3)

Bab 5: Etika Pengurusan

Kod Etika:
Kod etika ialah pernyataan-pernyataan mengenai norma (kebiasaan) dan kepercayaan yang dipegang oleh sesebuah organisasi.

Norma-norma dan kepercayaan ini secara umumnya dicadang, dibincang dan ditafsirkan oleh para pegawai atasan dalam sesebuah firma dan kemudiannya akan diterbit dan diedarkan kepada semua kakitangan.

Kod-kod etika:

a) Norma:

Norma ialah sebuah standard perlakuan; ia adalah cara bagaimana para pegawai atasan sesebuah organisasi mahukan kakitangan mereka bertindak apabila berhadapan dengan situasi tertentu.

Contoh norma dalam etika ialah:
Pekerja atau kakitangan syarikat tidak dibenarkan menerima hadiah peribadi bernilai lebih RM25 dari mana-mana rakan perniagaan, dan mereka dikehendaki berkongsi membayar harga makanan atau hiburan sekiranya bayaran yang dikenakan berjumlah lebih RM25 seorang.

b) Kepercayaan:

Kepercayaan dalam kod etika adalah ukuran atau standard pemikiran. Ia adalah cara berfikir yang dikehendaki digunakan oleh kakitangan syarikat sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai-pegawai atasan mereka. Tujuannya ialah untuk menggalakkan cara dan corak berfikir yang akan membawa ke arah kelakuan-kelakuan yang dikehendaki. Kepercayaan dalam kod etika biasanya dinyatakan dalam bentuk yang positif.

Contohnya:
"Tanggungjawab utama kita ialah para pelanggan"
"Kami berharap untuk menjadi warga yang baik untuk setiap komuniti atau masyarakat tempat kami beroperasi."

Kod etika seringkali tidak berfungsi. Kod etika biasanya dalam bentuk yang umum, tidak memberi keutamaan kepada sesiapa untuk diberi kewajipan tersebut. Seringkali juga sesebuah syarikat mengamalkan kelakuan tidak beretika dalam pengurusan mereka. Apakah puncanya? Kebanyakan syarikat besar pada hari ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian biasanya mempunyai produk line tertentu dan proses-proses pengeluaran tertentu. Pembahagian struktur begini biasanya mengamalkan pembahagian kuasa iaitu bidang kuasa untuk produk atau pasaran. Bidang kuasa yang diberikan kepada pengurus-pengurus bahagian ini, secara tidak langsung mereka (pengurus) dipertanggungjawabkan ke atas prestasi ekonomi bahagian mereka. Pengurusan koperat dalam pembahagian kuasa biasanya mempunyai sedikit kawalan (tidak mengawal) ke atas strategi-strategi dalam bahagian-bahagian tersebut. Ini menyebabkan berlakunya kejayaan besar atau kegagalan yang teruk mereka alami. Inilah yang dikatakan perbuatan yang tidak beretika telah dilakukan oleh pihak pengurusan sesebuah syarikat.

Apa pula yang dimaksudkan Ombusman?

Ombusman ialah seorang di dalam organisasi, biasanya agak berumur atau senior dan seorang pengurus yang dihormati, hampir bersara, telah berhenti dari tanggungjawab operasi. Beliau biasanya ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada pekerja-pekerja lebih muda mengenai hal-hal berkaitan masalah kerja, kesukaran yang dihadapi organisasi dan isu-isu etika.

Tiada ulasan: