Pengikut

Isnin, Januari 18, 2010

PROFESIONAL ETHICS(4)

Bab 8: Loyalti To A Company (Kesetiaan Kepada Syarikat)
Apakah makna kesetiaan?
Kesetiaan di sini bermaksud, suatu kewajipan moral para pekerja untuk melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin, mematuhi arahan-arahan dari pegawai atasan, memelihara kerahsiaan maklumat syarikat dan mengelakkan sebarang perlakuan yang mungkin menjejaskan kepentingan syarikat. Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada para pekerja mereka. Apabila seseorang menerima suatu pekerjaan dengan satu syarikat, dia perlu setia kepada syarikat tersebut, sama ada semasa bekerja di situ atau selepas meninggalkan syarikat itu.

Whistle Blowing:

Whistle Blowers di dunia perniagaan ialah seseorang yang menuduh rakan sekerjanya, penyelia atau pegawai syarikat melakukan tindakan tidak sah atau tidak bermoral.

Terdapat 2 jenis Whisle Blower:

1. Dalaman (Internal Blower):
Jika tuduhan dibuat melalui talian penyelia atau saluran yang tertentu di dalam syarikat
tersebut.
2. Luaran(External Blower):
Sekiranya tuduhan tersebut dilaporkan kepada orang luar atau agensi-agensi di luar syarikat, seperti pihak berkuasa atau kepada media.

Whistle Blower dibolehkan dalam sebuah syarikat apabila sesorang dalam syarikat membuat aktiviti-aktiviti yang mungkin membahayakan para pekerja, pemegang saham atau orang ramai. Satu-satunya cara untuk menghentika perkara tersebut ialah dengan memaklumkan kepada penyeli yang bertanggungjawab dalam syarikat tersebut. Tetapi, sekiranya saluran tersebut dihalang, halangan boleh dibuat trus kepada pihak berkuasa.

Tiada ulasan: