Hari ni terlintas nak menaip dalam blog ni.. nak berbicara tentang kalimah "SUKA"
Pada aku, suka itu subjektif. Perkataan suka memberi makna: 1. perasaan girang dlm hati: apabila ia suka maka ia ditunjukkannya atau, 2. girang hati, senang hati: seperti suka apabila melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi. 4. gemar akan: seperti saya tidak suka memakan daging. Dan banyak lagi maksud bagi menjelaskan perkataan suka mengikut situasinya.
Maksud "suka" yang aku nak gambarkan di sini lebih kepada sukakan kepada seseorang. Bagi aku, apabila kita sukakan seseorang pasti ada sebabnya. Suka melihat wajahnya, suka dengan caranya, suka penampilannya, suka cara dia bercakap, suka cara dia melayan kita dan sebagainya. Lain orang, lain pendapat dan pandangannya..
Suka itu bukan sayang...perasaan suka itu untuk orang ramai. mungkin juga dalam satu masa kita menyukai beberapa orang yang mempunyai personaliti berbeza. sesiapa sahaja berhak untuk menyukai sesiapa tanpa paksaan atau terpaksa. Suka itu hadir dengan sendirinya,seperti apabila terlihat sesuatu yang menarik hati kita maka kita akan menyukainya. Contohnya apabila kita jumpa dengan seseorang lalu berkenalan dan berbicara dengannya, kita jadi suka kerana penampilannya, bukan terus jatuh hati. Kerana jatuh hati akan mengambil masa berbanding dengan suka.
Manakala suka berkaitan barang pula, apabila kita pergi ke kedai dan terlihat sepasang baju...maka kita menyukainya. mungkin juga bagi orang lain, lain pandangan mereka. Kita menyukai baju itu kerana warnanya atau corak yang menarik. Tetapi bagi pandangan orang lain pula, menyukai baju yang berbeza warna, corak atau fesyen. Mereka berhak untuk menyukai mengikut citarasa masing-masing. Itulah yang dinamakan "suka itu subjektif".
Suka pada seseorang yang dimaksudkan tadi bukanlah bermakna kita sayang mereka. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan dalam kita menyukai ramai orang tadi, mungkin ada satu sahaja yang kita sayang. apabila semakin banyak sebab kita menyukai dia, perasaan suka itu bertukar menjadi "sayang". Cuma "sayang" itu hanya untuk orng yang istimewa sahaja. Dari sayang pula akan bertukar "jatuh hati" pula, lalu mungkin juga akan hadir perasaan CINTA kepadanya.
Oleh itu, pada saya rasa CINTA, SAYANG akan melalui peringkat "SUKA" terlebih dahulu...dan ia timbul dengan mengambil masa yang lama. Bukan sehari atau seminggu atau sebulan...mungkin berbulan-bulan atau bertahun lamanya untuk temui rasa SAYANG kemudian pula rasa CINTA. Semuanya mengikut keserasian jiwa manusia. Jadi, saya akan berasa PELIK jika orang yang saya kenali dan sukai akan menzahirkan rasa CINTA kepada saya setelah sebulan perkenalan...Bukan saya tidak menghargainya...cuma hati berbelah bagi dan menganggap itu mainan kata-kata semata-mata...
jadi, terpulang pada dia untuk meyakinkan saya ..
jadi, terpulang pada dia untuk meyakinkan saya ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan