Pengikut

Sabtu, Julai 04, 2009

MENDAFTAR KE IPGKTHO


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSIEN ONN, BATU PAHAT.
(IPGKTHO)

Sepatutnya saya mendaftar di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn pada 29 Jun 2009. Tetapi oleh kerana Negeri Johor cuti hol Almarhum Sultan Ismail, jadi pendaftaran ditunda pada 30 Jun 2009.

Seramai 94 orang peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) yang diterima dan 19 orang rayuan (second intake) menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 113 orang. Minggu pertama kami di sini cuma menjalani sesi orientasi. Banyak maklumat yang kami perolehi seperti syarat-syarat dan peraturan kursus, subjek-subjek yang akan kami pelajari, disiplin dan akta 174, berkenalan dengan lecturer serta jadual kursus. Semua lecturer best2 sebab suka buat lawak... asyik ketawa je...

KDP 14 minggu ini dibawah OUM dimana kami akan mengambil Pra Sarjana Muda dahulu sebelum memasuki ke Sarjana Muda Pengajaran pada bulan 11 nanti secara Jarak Jauh. Bila habis nanti kitorang akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan kepujian ( Sek Rendah). Insyaallah tahun 2013... alamak..!! lamanya....Ini adalah salah satu peluang guru-guru di mana pada tahun 2010 dianggarkan 50% guru siswazah. KDP kali ini adalah intake yang terakhir, untuk tahun berikutnya guru-guru disarankan supaya memohon PGSR (Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah). Untuk tahun akan datang, tiada lagi guru lepasan SPM (Diploma) tetapi lepasan SPM akan mengambil PISMP selama 5 tahun untuk jadi guru berijazah.

Antara subjek yang akan saya pelajari pada sesi KPM-OUM (KDP14 minggu) ialah;
1. OUMH 1203 - English for Written Communication.
2. OUMH 1303 - English for Oral Communication.
3. OUMH 1103 - Learning Skills for Open anf Distance Learners
4. HBEF 3203 - Pengukuran & Penilaian dalam Pendidikan
5. HBEF 2103 - Psikologi Pendidikan
6. HBEF 2203 - Bimbingan & Kaunseling
7. HBEF 3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran

Keputusan keseluruhan mesti lulus sekurang2nya 18.5 point (paling rendah). Cara penilaian:

Tugasan 20%
OLP - LMS (online learning) 5%
Pep. Mid Semester 25%
Pep. Akhir 50%
JUMLAH 100%

Sebagai ingatan kepada diri saya, MID TERM EXAM pada 10 Ogos hingga 14 Ogos 2009 dan FINAL EXAM pada 28 September hingga 2 Okt 2009.

Sepatah kata dari Penyelaras KPM-OUM KDP 14 Minggu (En. Zulkiply b Yaakub)


"ANDA SEMUA KINI BERGELAR MAHASISWA OUM"

Semoga ianya menjadi kenyataan....


Modul yang saya gunakan untuk Program KPM -OUM (KDP 14 minggu).....RM100


Inilah teman yang menemani saya sepanjang saya berulang alik dari rumah mak ke IPGKTHO.

myspace backgrounds

myspace backgrounds

6 ulasan:

(^.^) AzzEnn(^.^) berkata...

tahniah!!semoga berjaya dan impian menjadi kenyataan..k.long beli kancil pulak ke??blik segamat seminggu sekali ea??nsb baik maktab dkt dgn rmh mak ayah..leh ngulang2.dulu gpi sek rejo sari pun ade yg amik krsus 14 mggu ni..ade ckgu gnti k.long x?

Ateh Salim berkata...

Tahniah kepada anak-anak sedara yang sedar untuk masa depan. Gunakan kesempatan ini untuk memajukan diri. Zaman Pak Lang dah berakhir. Cabaran paling besar kepada 'mahsiswa OUM' ialah - belajar, kerja dan rumah tangga termasuk anak-anak yang sedang membesar. Semuanya perlu bergerak seiring....tahniah sekali lagi.

K long berkata...

azah: sekolah x ambil guru ganti, dia serah semua murid kpd guru j Qaf.

Shila berkata...

TQ ye pak lang...
Doakan kejayaan sy..

umi_kalsom berkata...

tahniah dari mimi gak.. bile nak update nie..

namakuza berkata...

Salam perkenalan dari Kota Kinabalu