Pengikut

Khamis, Julai 04, 2013

Biar.... (I'M GRAD NOW!!)

Biar saja air mata
Menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perit
Perit yang manis
Biar saja air mata
Mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Jangan mahu sendiri
Jangan di biar mati
Bawa ke mari hati ke sini
Pejamkan mata

Ulang Chorus
Bagai mimpi terindah
Lepaskan dirimu dalamku
Taman kamu biar ku memberi
Cinta yang kan membawamu ke syurga

Ulang Chorus
Perit yang manis
Biar saja air mata
Mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biarkan lepas semua rasa perit


 biar saja apa yang ku pendam selama ini, terhapus menjadi abu...
biar saja hanya aku sendiri menanggungnya sendirian... kerana hanya aku dan Tuhanku yang mengetahui peritnya jalanan itu...

 biar saja aku kini dengan jalananku ini... kerana aku tak mahu ia berulang kembali perit seperti dulu... 

 biar saja...hanya inilah peneman sepiku kini...

 biar saja ia terus berlalu sepi, walau dulu diriku dipandang hina, tp kini tidak lagi.. aku kini ada apa yang aku impikan...aku inginkan selama ini... sedari aku beranak 1 aku sudah suarakan keinginanku... tapi mengapa bila aku hampir menggenggaminya aku dikeji2...bagaikan apa yg ku buat selama ini semua menyalahi... mengapa diwujudkan situasi "tiada komunikasi" utk aku brterus terang tentang hasratku...apa salahku...

 biar saja...aku ada keluarga yang menyayangiku dan menyokongku selama ini...biar saja aku dibuang begini olehmu... aku tetap teguh berdiri di sini kerana mereka semua menyokongku dr belakang...merekalah tulang belakangku...

 biar saja masa terus berlalu meninggalkan semua kenangan pahit itu... kini aku lebih bersemangat meneruskan sisa-sisa hidupku yang entah tinggal berapa cebis lagi... doaku sentiasa agar Allah mengampuniku...menebalkan semangatku... meneruskan lagi nadiku untuk aku membimbing anak2ku menjejaki langkahku...

 lebih 3 tahun aku berhempas pulas... bergelumang dgn kenangan pahit manis dan susah payah menyelubungi perjalanan hidupku utk aku dapatkan apa yang aku impikan. segala penat jerihku kini terbalas jua... di hari kelahiranku aku terima sebagai sesuatu yang amat terindah telah terpahat dalam lipatan sejarah hidupku... Benarlah...Allah sentiasa bersama orang yang sabar... Sabarkah aku selama ini..???


Duhai anak-anakku...inilah pengorbanan ibu selama ini, dalam membesarkanmu ibu menempuh dugaan yang paling besar dalam hidup ibu... Ibu anggap kejayaan ibu ini adalah hadiah dari Tuhan untuk ibumu ini... Doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu anak-anakku, agar Tuhan kuatkan semangatmu utk berjaya dan sentiasa beroleh kecemerlangan dalam menempuh kehidupan dunia dan akhirat.
 Amiiinn ya Rabbal 'Alamin...

3 ulasan:

(^.^) AzzEnn(^.^) berkata...

tanpa ku sedari..air mataku mengalir..tahniah kakakku syg..

shila berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shila berkata...

air mataku berderai kembali setelah sekian lama aku menahannya dari tertumpah....tq adik azah