Zakat Fitrah: ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat2 yang ditetapkan.
Syarat wajib zakat fitrah:
1) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bukan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
3) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan tetap Islamnya.
4) Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
Waktu & Hukum mengeluarkan zakat:
WAJIB ---> Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari
YANG PALING AFDAL ---> Sebelum Solat Hari Raya
SUNAT ---> Sepanjang bulan Ramadan
MAKRUH ---> Selepas solat hari raya hingga terbenam matahari pada satu Syawal
HARAM ---> Selepas terbenam matahari pada satu Syawal
Orang Yang Berhak Menerima Zakat:
1) Fakir
2) Miskin
3) Amil
4) Mualaf
5) Hamba
6) Gharim
7) Fisabilillah
8) Ibnu Sabil
~Petikan dari Modul HBIS 3403 Pendidikan Islam Tingkatan 2 (OUM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan