Ucapan ikhlas buat para guru...
Selamat hari guru sy ucapkan kepada para sahabat dan ahli keluarga sy yang bergelar guru.
GURU OH GURU...
Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa..
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat..
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca..
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara..
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan akhir hayat...
----------------------------------------------------
TERKENANG SEMASA LALU....
-TADIKA-
"Hari ini akak (panggilan mak untukku) pergi sekolah (tadika) pak usu hantar. Nanti pak usu balik tau.. Akak jangan nangis lagi... Balik nanti mak ambil.." Terngiang-ngiang di telinga pesanan mak ketika aku baru menjejakkan kaki ke sekolah tadika.
Sejak aku dihantar ke sekolah tadika saban hari aku menangis kerana tidak biasa dengan suasana baru tu..Setiap hari jugalah mak akan menunggu aku dan adikku (adir) sehingga sesi persekolahan tamat. Sampai mak aku naik bosan dengan tingkahlakuku.
Aku pulak, bila dalam kelas pasti menoleh ke arah belakang takut2 mak akan meninggalkanku. Adik aku tak pulak menangis... manjanya aku ni, walaupun anak sulung tapi aku ni masa kecil2 seorang yang penakut dan pemalu bila jumpa dengan seseorang.. Padahal kawan2 aku ramai.. tapi aku masih hendakkan mak juga yang menemaniku...
Akhirnya makku bosan, dan aku terus tidak bersekolah tadika.
-SEKOLAH RENDAH-
"Akak duduk dalam kelas ni, belajar betul2.. jangan nangis tau, nanti balik mak ambil.."
Masa tu suasana lebih kurang sama dengan tadika, ramai kawan2 baru.. tapi, aku masih menangis lagi di sekolah..rasa takut dengan sekeliling.
Waktu rehat, aku masih menangis.. sehinggalah sepupuku Abg Amai & Izam memujukku. Seminggu mak aku risau dengan tingkahlaku yang sama semasa di tadika.
Akhirnya... aku dibawa oleh ayahku yang juga seorang guru ke sekolahnya SK FELDA AYER HITAM.
Di sana, pada mulanya aku menangis juga. tapi oleh kerana ayah ada, lama kelamaan aku sudah boleh menerima situasi baru itu. Sehinggalah tamat darjah 6. Kemudian aku belajar di MADRASAH ARABIAH KLUANG selama 4 tahun dan menyambung peringkat Thanawi di MAAHAD JOHOR.
Di Maahad, aku cuma sampai di tahun 2 thanawi kemudian aku mengajar sebagai guru sandaran. Aku mengajar selama 4 tahun dan selama itu juga aku apply maktab tak dapat2.. akhirnya berjaya juga ke situ..
Itulah kenangan sewaktu di sekolah yang tidak dapat dilupakan... Cikgu2 yang masih aku ingat ialah cikgu Haniza seorang yang baik hati, cikgu Christopper yang amat garang sekali, cikgu Abu yang suka mengusik.
"Selamat Hari Guru" untuk semua guru2ku, walau di mana cikgu berada, sama ada cikgu masih ada atau sebaliknya ku doakan semoga cikgu sejahtera selalu. Jasamu takkan ku lupa...
10 ulasan:
Erm...patutla adik azah pun gitu jugak.masa darjah 1 dulu nangis2 kaklong yang teman kan????
Ko worang tu memang 'gembeng'. Shila...ingat lagi tak pada APAN & KUPAN. Kih kih kih
wakaka...ingat la pak lang....Malunya rasa..
nasib baik mimi tak gembeng...erm..huhu mimi jek tak nangis masuk sekolah.. apelah kakak2 aku nie...hahaha
gembeng masa kecil tak ape. dah besar mcm 2 malulah n nnt suami naik geram
sape ni tanpa nama.....confuse..
APAN DAN KUPAN tu sape...nak tau la gak..upin dan ipin tau la...
Owh... azah ms tu blm lahir lg....
APAN & KUPAN tu panggilan manja akak untuk pak lang (bpk sedara kesayangan...)
Manja ke hape. Ko pelat tu.....
He..he..he....
Catat Ulasan