Pengikut

Selasa, April 14, 2009

PROGRAM SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS

Pertandingan Nasyid Pelajar Pendidikan Khas. Bertempat di SK Desa Temu Jodoh,Segamat.

Salah seorang peserta non-muslim sedang menyiapkan khat ayat yang berbunyi.... "Rabbi Yassir wa la Tu'assir"


Peserta Kategori Menengah Pertandingan Menulis Khat.


PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2009 (14 April 2009)
Program Semarak Islam gabungan sekolah2 rendah dan Menengah yang mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas telah menjadi satu agenda tahunan dalam takwim aktiviti Pendidikan Khas Daerah Segamat. Aktiviti luar seumpama ini pasti memberi peluang kepada para peserta untuk memperolehi ilmu dan pengalaman baru.

Aktiviti yang dirancang diharapkan dapat melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, menepati masa dan boleh berdikari di masa hadapan walaupun dengan keadaan diri yang kekurangan.

Antara objektif program ini ialah para peserta dapat pengalaman dan kemahiran dalam menghadapi suasana hidup yang sebenar, dapat memupuk semangat kerjasama,bertolak ansur, disiplin diri dan bekerja dalam pasukan. Ia juga diharapkan dapat meningkatkan daya tahan mental para peserta.

Acara dipertandingkan:

1. Tilawah Al-Quran
2. Bercerita
3. Azan Subuh
4. Khat Jawi
5. Nasyid
6. Hafazan
7. Merumikan jawi.

Saya bertugas sebagai hakim dalam bahagian menulis khat jawi, ada kategori masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Susah juga nak menilai, yang pening untuk mengasingkan kategori, takut2 tersalah kategori. Yang menariknya pula ada peserta yang non-muslim menulis khat. Namun ini adalah pengalaman berharga saya bersama2 pelajar yang beraliran PENDIDIKAN KHAS.

Tiada ulasan: