Pengikut

Ahad, Mac 28, 2010

Entahlah...

Hatiku berkata;

Aku ini bukannya buta tuli..yang tak tahu mengenal perasaan nurani seseorang. Sebelum mengenali hati seseorang maka aku perlu mengenali hati dan perasaan sendiri. Setiap insan dilahirkan punya hati dan perasaan... namun sejauh mana mereka menyelaminya?

Suka: bila aku sukakan seseorang, aku akan selalu bersamanya, sentiasa menghubunginya. Sentiasa menjaga hatinya agar aku juga disukainya.

Duka: bila aku dilanda duka, aku akan diam dan menangis semahu-mahunya. Ingin ku lontarkan kata-kata pada dunia, bahawa aku sedang berduka. Biar dunia membahagiakan aku di saat itu juga.

Kecewa: Tapi bila ku kecewa dan derita, serasakan aku ingin mati di saat itu juga!

Marah: apabila aku marah, ada kalanya aku zahirkan kemarahanku. Ada kalanya aku pendamkan kemarahan itu meskipun rasa pahit. Kerana aku tak mahu orang akan mengatakan aku ni seorang pemarah, kerana aku ini cool orangnya...

Benci: kalau ikutkan rasa hati, bila aku benci seseorang itu aku akan buat sesuatu supaya dia luput dari pandanganku. Tapi, aku masih ada rasa simpati pada insan lain yang sama juga makhluk Allah di dunia ini. Dia juga ingin hidup..biarlah...asalkan dia senang dengan apa yang dia lakukan padaku sudah. Moga Allah sentiasa melindungiku.

Sayang: bila aku sayangkan seseorang, aku akan tunaikan segala permintaannya selagi aku termampu. Aku akan pastikan dia menjadi temanku di setiap saat dalam hidupku. Aku akan buat dirinya rasa disayangi dan dihargai. Aku akan sentiasa membahagiakannya, kerana diri kita akan rasa dihargai bila disayangi. Kerana aku juga ingin dihargai sebagaimana aku menghargai seseorang itu.

Rindu: bila aku rindukan seseorang, aku akan sentiasa terkenangkan dirinya, entah dia terkenangkan aku entah tidak. Aku tak kira. Asalkan hatiku senang bila mengenanginya. Rasanya di saat itu juga aku akan terbang ke sana menemuinya.

Merajuk: aku ini suka merajuk...walau sedikit kesalahan orang lain, aku akan merajuk. Sehingga di suatu saat, orang bosan dengan caraku. Bila aku merajuk aku akan mengurung diri sampai beberapa hari...

Cemburu: aku akan rasa cemburu, andai orang yang aku sayangi mempunyai teman yang lebih istimewa dariku. Sifat cemburu ini memang tidak boleh lari dari naluri seorang perempuan, kerana ia adalah fitrah semulajadi. Jadi, kalau aku cemburu,janganlah aku dipersalahkan.

Pemaaf: walau macam mana pun aku marah pada seseorang, akhirnya aku akan memaafkannya, meskipun dia tidak ketahui. Aku masih boleh tersenyum padanya, walau di hati masih sakit, tetap aku lindunginya supaya tidak diketahui. Itulah kelemahan diriku. Mudah memaafkan seseorang menjadikan diriku sentiasa disakiti.

Ini cuma apa yang aku rasa sendiri dalam hatiku. Mungkin tidak sama dengan diri orang lain. Mungkin juga sebab itu, ada sesetengah orang tidak suka dan tidak selesa dengan caraku. Lantas membuatkan diriku rasa tidak diendahkan dalam hidupnya. Sesungguhnya aku ini lemah orangnya.

Semua perasaan ini ada dalam hati naluri seseorang manusia, bukan aku sahaja. Sukar bagi kita untuk memahami kemahuan seseorang. Bagiku cukuplah seseorang itu merasa bahagia bila aku berjaya memenuhi ruang hidupnya dengan sempurna tanpa menyakiti hatinya. Kalau boleh aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa. Tapi, kita tidak mungkin dapat menduga hati dan perasaan seseorang.

Namun, serba sedikit aku masih boleh memahami hati dan perasaan orang lain. Bila seseorang itu marah atau benci padaku aku akan rasa sedih. Begitulah sebaliknya...tapi, aku banyak mendiamkan diri dan menangis semahu-mahunya bila aku ketahui orang yang aku sayangi menyakitiku...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Lang...

Shila berkata...

...???...

mummypink berkata...

sayu nya seed bace post ni..
tabahkan hati ye kak..
kadg2 kita da cube yg terbaik..tp masih ade lg yg terluka..lumrah hidup..begitulah..

umi_kalsom berkata...

naluri mimi seperti kaklong....