Tanggal 10 Jun 1971 (38 tahun dahulu) lahirlah seorang "bayi" perempuan yang sungguh comel
dan sentiasa dinantikan oleh sepasang suami isteri. Suaminya bernama Hj Ibrahim b Atan dan isterinya pula Hjh Saadiah bt Hj Salim. Merupakan anak sulung daripada 11 orang adik-beradik.
"Bayi" itu dijaga dengan penuh kasih sayang, bagaikan menatang minyak yang penuh, diberi pendidikan yang sempurna agar menjadi insan yang berguna. Kini "bayi" itu sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri bersama suami yang bernama Saifuddin Amir b Abd. Hamid. Telah dikurniakan 4 orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.
Sewaktu baru mendirikan rumahtangga, betapa payahnya untuk menerima kenyataan hidup apabila seseorang isteri perlu mengikut dan menemani suami ke mana sahaja... Meninggalkan ayah dan ibu di kampung... Apabila keyakinan itu datang dengan sendirinya, barulah "dia" boleh mengakuinya dan harus menerima kenyataan hidup ini.
Dalam kedewasaan ini, ayah dan ibu masih lagi dalam ingatan dan dirindui selalu. Walaupun terkadang tiada mempunyai masa untuk bersama mereka, tapi mereka tetap dalam doa dan ingatan...Apabila begitu lama meninggalkan mereka, hati terasa rindu pada mereka dan kampung halaman.. Namun demikian, mereka tetap bersyukur kerana Tuhan masih memberi kesempatan untuk menziarahi mereka pada cuti pertengahan penggal persekolahan baru-baru ini....
"Bayi" yang dimaksudkan itu adalah aku sendiri...Norsila bt Hj Ibrahim...
Hari ini adalah hari lahirku. Terima kasih emak kerana melahirkan dan membesarkanku, terima kasih ayah kerana memberi pendidikan yang sempurna....Aku doakan Allah akan sentiasa mengampuni dosa-dosa ayah dan ibuku, Engkau peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku dari sejak kecil...AMIN...
5 ulasan:
ALhamdulillah..Selamat Hari Lahir Kak Shila. Wah dah 38 eh. MAcam muda remaja. Hehehe
TQ Azam....
Awet muda....haha..
~ct pahang~ hehe betul tu azam... SELAMAT HARI LAHIR Kak Shila.. Semoga terus bahagia ye :D
TQ ct...lov u..
awet muda macam mak.org selalu ckp mak muda..kembang lah tu...
Catat Ulasan