Pengikut

Khamis, September 24, 2009

Insan-insan tersayang......

Inilah aku.. bila tengok pic ni, rasa aku dah berumur dah... maklumlah anak sulong dari 11 orang adik beradik...6 lelaki dan 5 perempuan...


Hari ini keluargaku dari Ayer Hitam datang ke rumahku. Aku masak untuk mereka mee goreng, nampak berselera sekali mereka makan. Yelah...bukan selalu mereka menjamu selera di rumahku. Oleh kerana adik-adikku bekerja dan ada yang masih belajar, maka tiada kesempatan untuk bertemu mereka selalu. Ayah dan 3 orang lagi adikku tidak mengikut rombongan ini sekali. Di kesempatan ini aku ambil peluang bergambar bersama mereka, sebagai kenang-kenangan.... Di sini juga aku nak introduce mereka kat dalam blog aku ni...


Emakku bernama Hjh. Sadiah bt Hj Salim berumur 59 tahun, ibu kepada 11 orang anak semuanya.... Ayah tidak datang sekali kerana nak menguruskan barang keperluan untuk kenduri kesyukuran untuk Nabilah pada 26 September ni...

Mahadzir (37) adikku nombor 2. Bekerja sebagai guru di Sek. Men. Sri Lalang (kalau x silap....). Masa kecik2 selalu bergaduh dengan dia. Rafidah (30) sebagai guru sek Agama Kg. Bumbun. Mumtazah (28) sebagai guru j-QAF di SK Impian Emas.. (ala...dkt dgn rmh mak ekin-mawi). Umi Kalsom (26) sebagai guru jg di SMK Tanjung Puteri Resort. Amir Arif (24) masih belajar di Kolej Islam Selangor. Mahyuddin (21) masih menuntut di UKM, Bangi. Nabilah (19) akan terbang ke Mesir pada 3 Oktober ni... "SELAMAT BERANGKAT...". Ada 3 orang lagi yang aku tak sebutkan lagi dan tiada dalam gambar.... Muhammad Shafie (35) guru di Sek Keb. Monfort, BP. Ahmad Zaki (33) di guru sek agama Gelang Patah dan Muhammad Zharif (16) masih menuntut di SMA Parit Raja.


Ini pula anak-anak saudaraku... Amin, Nurin, Aiman, Nisa' adalah anak-anak kepada Adir. Syahmi & Athilah pula anak kepada Didah.

Tapi satu perkara yang aku tak sanggup dengar....bila hari raya tahun ni ramai kaum kerabatku mengatakan, "AKU SEMAKIN KURUS KERING...!!" huhu...

Terima kasih semua kerana sudi datang ke teratak kami. Semoga kalian sihat dan gembira selalu di bawah lindungan Allah s.w.t. Semoga kita akan bertemu lagi di lain masa dan ketika.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini







2 ulasan:

(^.^) AzzEnn(^.^) berkata...

kaklong,dah maju eh skrg blog kaklong...
kitaorg semua dah tgk kat umah nie..mak pun dah tgk..ade pembetulan:
ayip kata nama sek dia sma parit raja..amer kata umo dia 24,mi2 kata nama sek dia smk tanjung puteri resort,pasir gudang,ayip kata gmbr dia x de..

Shila berkata...

haha... itu pakai letak je... nnti edit laa..