Pengikut

Jumaat, November 20, 2009

Selamat bercuti warga SK Dato' Seri Maharajalela


Murid-murid Sk Dato' Seri Maharajalela bersalaman dengan guru-guru sebelum pulang ke rumahmasing-masing...



Hari ini 20 November 2009, merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2009. Murid-murid bersalaman dengan guru-guru sebelum pulang ke rumah masing-masing. Apa yang kami guru-guru harapkan agar murid-murid dapat memenuhkan masa cuti selama 7 minggu dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Yang penting pelajaran jangan dilupakan, begitu juga amal ibadah kepada Tuhanmu. Selamat bercuti, semoga anda semua sihat sejahtera dan bertemu lagi di tahun hadapan dengan azam dan semangat yang baru. Kepada semua guru-guru, jangan lupa giliran bertugas semasa cuti ni dan mesyuarat pertama pada 31 Disember 2009.

3 ulasan:

akuaminla berkata...

kak shila....slamat bercuti

putera kebijaksanaan berkata...

cutenye farid..

Shila berkata...

cuti yang memeningkan kerana dikelilingi dengan buku2 sbb nk exam 12 Disember ni...