Pengikut

Khamis, April 14, 2011

Anak muridku pandai...

Anak murid India kt sek yang sy pernah ceritakan sebelum ni, dah mula menunjukkan minat utk belajar. kalau tidak...asyik menangis aje!! rasanya puas semua guru memujuknya...tp gagal..

Tapi sekarang...bila terserempak dgn sy kt luar kelas, dia akan tegur.. "Cikguuuu.." Seronok rsnya. Walaupun sy tdk ajar dia ketika dalam kelas, tetapi di luar kelas dia masih menunjukkan sikap ramahnya.

Sewaktu dalam kelas, sy tidak galakkan dia mengikuti pengajaran sy, kerana khuatir bila dia balik nanti dia akan ceritakan apa yg sy ajar kpd parents dia. Biasanya dia akan buat hal dia sendiri sama ada menyapu...meninjau2 kerja kawan2nya (ala2 nazir)...& yang paling sy tak suka bila dia ada jugak menganggu kawan2nya.

Kadang2 tu dia mcm nk manja dgn sy...duduk atau berdiri dekat2 sy...rs mcm sy ni ibu dia plk!!! dan ingin berbual2 dgn sy...sy tak kisah, bahkan sy suka kalau kanak2 nk berkomunikasi dgn sy (tgk pd keadaan jg).

Pd suatu hari, dia ambil kapur & menulis di papan. Kemudian, dia memanggil sy " Cikgu..!". Saya memandang ke arahnya. Dia mnunjukkan apa yg dia tulis (rupa seperti huruf ba tp tak bertitik). Dia sebut "ba"...sy trsenyum heran...budak india mula minat nk belajar jawi. Sy trsenyum lg sendirian..malahan berkata dalam hati "kalau aku ajar betul2 bdk ni tentu pandai tulis jawi"...haha..

Ms dia tulis huruf ba tu sy lupa nk snap gmbar. Ini gmbar yg sy snap pd waktu lain...dia tulis huruf 'sin' plk...bentuk syaddah yg sy belum ajar murid2 sy, dia dh pandai tulis dulu..erm..advance bdk ni!



Ini sj kisah murid yg sy kongsikan kali ini...

2 ulasan:

umi_kalsom berkata...

dia suka ngan kaklong tu...

Shila berkata...

ha ha ha...