Pengikut

Isnin, Februari 15, 2010

Seni Khat Zaman Rasulullah s.a.w.


Perkembangan seni khat Zaman Rasulullah & Sahabat:

Penulisan Arab mula bertapak di bumi Hijaz sejak kurun Masihi, buktinya ialah dengan wujudnya penulisan di atas batu-batu yang diukir dengan khat Arab yang dijumpai di sebelah Utara Hijaz. Mereka membukukan ingatan dan syair-syair di atas batu-batu, kulit-kulit binatang dan daun-daun.

Sebelum Rasulullah memerintahkan para sahabat merakamkan serta menulis semua ayat suci al-Quran, orang Arab di zaman tersebut merupakan golongan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Di samping itu juga, alat-alat tulis pada masa itu belum ditemui. Rasulullah juga pernah melarang mereka menulis selain daripada al-Quran kerana dikhuatiri bercampur antara ayat al-Quran dengan bukan ayat al-Quran.

Setelah Rasulullah merasakan perlu agar ayat-ayat al-Quran dibukukan supaya al-Quran terpelihara kerana kesuciannya, baginda mengarahkan setiap tawanan perang Badar yang baik tulisan dan bacaannya supaya mengajar anak-anak orang Islam seramai 10 orang sebagai penebusan diri mereka sehingga mereka menguasai sepenuhnya.

Kedatangan Islam membawa keperluan yang banyak kepada pembangunan tulisan lalu membuka bidang yang luas dalam penulisan dan dakwah secara persuratan. Rasulullah s.a.w. mengizinkan penulisan al-Quran malah berdakwah dengan menggunakan surat. Rasulullah s.a.w. mengarahkan para sahabat menulis ayat-ayat al-Quran. Kemudian, penulisan itu rancak di zaman Saidina Abu Bakar r.a. hingga ke zaman Saidina Uthman (zaman Khulafa’ar-Rasyidin) dengan terhimpunnya al-Quran Mushaf Uthmani yang ditulis semula sebanyak 6 naskhah dan diedar ke beberapa jajahan Islam. Penggunaan tulisan semakin meluas dalam urusan-urusan agama, pentadbiran dan mu’amalat harian. Zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. (13-23H/634-644M), sekolah-sekolah didirikan dan guru-guru dilantik.

Apabila para penghafaz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit mengumpul dan menulis al-Quran.

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. (23-53H/644-656M) timbul kepelbagaian cara membaca al-Quran, maka beliau mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit dan diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar r.a. Khalifah Uthman bin Affan telah mencatatkan sebuah mashaf yang dikenali sebagai Mushaf al-Imam. Beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Amru al-Asr, Abdullah bin al-Zubir, Ibnu Al-Abbas dan Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisham supaya menyalin semula naskhah untuk dihantar ke seluruh pelusuk negeri.

Tiada ulasan: