Pengikut

Isnin, Februari 15, 2010

APA SALAH ANAK INI...


Kes buang bayi nampaknya semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Sepanjang minggu lepas ada empat kes pembuangan bayi berlaku. Tapi, kes yang menyayat hati dan meruntun jiwa saya ialah kes bakar bayi. Saya hampir2 mengalirkan air mata mendengar berita ini sambil menyaksikan gambar mayat bayi lelaki tesebut terbakar. Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.

Rabu lalu, seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui mati di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di Kampung Permatang Duyong Melaka. Ketika ditemui bayi itu dihurung semut.
Sehari sebelum itu, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Isnin lalu, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Apaaaalah.... manusia akhir zaman ini....sudah hilang terus rasa kasih sayang pada anak sendiri dan sudah hilang terus sifat peri kemanusiaan dalam dada mereka. Manusia akhir zaman semakin jahil sepertimana manusia zaman jahiliyah sebelum Rasulullah s.a.w diutuskan.
Satu petunjuk atau isyarat telah jelas dan nyata membuktikan bahawa dunia ini telah tua dan menuju kehancuran atau kiamat.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

  • Menghias masjid dan membanggakannya.
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.
  • Ramai orang soleh meninggal dunia.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

  • Akan terdapat ramai anak luar nikah. - Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan.
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan.
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari.
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba.

*Ini adalah sebahagiannya sahaja...jika ingin maklumat yang terperinci rajin-rajinlah cari maklumat dr sumber rujukan buku atau internet.

Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat

1 ulasan:

Ahmad Zaki berkata...

Kerana nafsu orang sanggup buat apa saja dan terlupakan neraka. Kesian mereka ini.