Pengikut

Rabu, Disember 29, 2010

Ceritaku


Inilah resepi sy utk keluarga hari ini. Simple je... Pagi2 sarapan jemput2, selesai bersarapan sy terus masak utk makan tengahari. Cepat masak..senang sy nk buat keje lain...dh rilex...ank2 tinggal "isi perut" je...

Bila cuti dah hampir ke penghujung, rasa macam dh x de apa nak cite. Sy mmg dh lama tak post something kt blog sy, kerana kesibukan...(agaknya). Lagipun sy sebagai seorang ibu yang berkerjaya apatah lagi sambung belajar...mmg memerlukan masa utk itu semua. Jenguk2 blog pun sesekali. Tapi...jenguk FB selalu...hehe

Tiba2 cuti sekolah yg dh nk berpenghujung ni sy jd rajin plk buat blog yg dh lama sepi. Semester baru pun belum start. Pada 15 Januari 2011 ni, baru nak amek modul di Pusat Pembelajaran OUM BP. Maybe sem baru start akhir Jan ni. Lagi beberapa hari kita nk mulakan persekolahan sesi 2011. Esok pula ada meeting Pengurusan & Pentadbiran utk sesi 2011.

Semoga di tahun baru 2011 nanti akan membawa sinar baru dalam kehidupan kita semua. Perbanyakkan amalan, selalulah bersedekah kerana bersedekah juga boleh menghapuskan dosa. Jangan lokek untuk bersedekah. Jika ada dosa dan kesalahan kawan2 dan keluarga, jernihkanlah suasana, lembutkanlah hati kita memaafkan mereka. Kalau kita masih brkeras hati marahkan orang sekeliling, bukan dapat apa pun...hanya menambah dosa ada lah... Semua amalan kita akan dihitung di kemudian hari. Oleh itu, sentiasalah menjaga hubungan baik sesama manusia. Jauhkan hasad dengki kerana sifat itu berpunca dari hati yang tidak suci dan bersih.

Ya Allah..kau peliharalah diriku dari sebarang dosa dan kejahatan. Lindungilah aku dan keluargaku, pimpinlah kami ke jalan yang benar dan bahagia di dunia dan akhirat. AMIN...

Amalan untuk lembutkan hati anak2 dan keluarga:

1) Amalkan ayat dari surah as-Syuara' "ALLAHU LATIFUN BI 'IBADIHI YARZUQU MAI YASYA' WA HUWAL QOWIYUL 'AZIZ"

2) Surah Toha Ayat 1 hingga 3 ~ Doa dalam hati "Ya Allah, sebagaimana Nabi Idris lembutkan besi, kau lembutkanlah hati ......(sebut nama seseorg sprt anak)"

3) Baca Surah al-Fatihah, surah al-Insyirah dan ayat Kursi hembus pada umbun-umbun anak.

Jika ada sesiapa yg ada amalan yang baik untuk dikongsi bersama, boleh catat di ruangan komen sy...

Tiada ulasan: