Pengikut

Isnin, Januari 31, 2011

Banjir tahun 2011...

Rumah saya dinaiki air lg.. Petang semalam (30/1/2011) hari Ahad, sy ronda2 kt jambatan Segamat utk menyaksikan dan menilai ketinggian air supaya sy dapat mengagak adakah rumah sy akan dilanda banjir sebagaimana bnjir besar 2006...

Pada waktu yang sama, sy dpt panggilan dr seorang kawan yang mengatakan Bukit Siput naik air. ini kerana kawasan situ tak pernah naik air. Dia berpesan pd sy supaya brhati2 dan brsiap2 kemas utk pindah kerana kemungkinan air akan naik lg.

Pulang dari ronda2, sy singgah kedai utk beli barang keperluan seperti makanan & lilin. sy cepat2 mengemas brg2 di dapur. Naikkan ke atas kabinet mana2 yg patut. Kasut2 sekolah ank sy bungkus dgn plastik. Maghrib, air dh sampai ke simpang jalan ke rumah sy. Penat jgk turun naik tangga utk naikkan brg yg perlu supaya tidak berlaku sprt tahun 2006. Banyak barang yg rosak & akibat brkemas lps banjir, sy demam...Sy & jiran mengagak2 mungkin air naik lagi...

Pukul 8 malam air dh penuh di atas jln depan rumah!!! Sy dah kecut...adakah bnjir 2006 akn brulang lg..??? Segera kereta kami alihkan ke tmpt tinggi...jika dalam keadaan air yang tinggi dr dulu, sy bimbang jgk dgn kereta...takut dibawa arus...

Jam 10.30 mlm, selesai angkat sofa ke tingkat ats. waktu ini air dh paras betis kami. Barang2 lain yg x mampu kami bawa naik...biarlah...asalkan nyawa kami selamat...

Pagi ini, sy lihat air naik lagi...melebihi paras pinggang tahun 2006 dahulu. Tv yang letak kt tangga bawah pun dh kena air. Rasa penat jgk badan mengangkat brg2 mlm td.. Tido pun x lena..dpt lelapkan mata lbh kurang pukul 3 pagi & hmpir setiap jam terjaga jengah air di tingkat bawah. Banjir kali ini sememangnya lebih besar dari tahun 2006 dahulu...

Ya Allah...Inilah ujianMu...Selamatkanlah kami dari bencana ini. Ampunkanlah dosa2 kami ya Allah. Sesungguhnya kami insan yg lemah dan tak pernah lari dari melakukan dosa2.

sekitar jam 8 malam, sejurus selepas sy hntr kereta ke tmpt tinggi.

Kalau jalan kt atas jln ni air dh cecah separuh betis sy..

Tangga bahagian bawah dh habis tenggelam...

Sekitar jam 7.30 pagi... air masih tinggi..

Jam 10.30 air dh surut sedikit...Syukur...

"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu. Ampunkan dosa2ku terimalah taubatku...Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa2 besar"...AMIN....

2 ulasan:

adik cute berkata...

ya Allah ya Tuhanku...sedihnye tgk umah klong...kesian kat klong...sabar lah ye..semoga ada hikmah atas sgla yg berlaku..moga Allah ampunkan kite semua.....

nape klong tkr alamat?

Shila berkata...

Ini ujian dr Tuhan..sorang wat dose kita yg sama tlibat dugaanNya. Moga2 kita sentiasa dalam keampunanNya...Amin...