Pengikut

Isnin, Februari 07, 2011

Hikmah bencana banjir 2011


Rumah sy dilanda banjir utk kali kedua pada 30 Januari 2011. Sebelum ni pada tanggal 21 Disember 2006 rmh sy tlh dilanda banjir. Selepas banjir kali pertama tu, sy selalu brhati2 takut2 banjir akan brulang kembali... trutamanya brg2 brharga, perlu simpan di tempat selamat.

Selepas banjir kali kedua ni, tiap kali nk letak barang2 seperti kain baju, akhbar, buku2 di tingkat bawah, pasti sy akan rasa seolah2 air akn masuk ke dlm rmh kembali. Rasa mcm fobia dgn air banjir! Masih segar lg, kala air masuk dr pintu dapur rumah keluar ke ruang tamu dan ke laman rumah saya menerusi sliding door yg sy regangkan sedikit (utk bg laluan air keluar). Bunyi airnya yang deras amat menakutkan sy. 2 malam sy tidur dlm rumah yg penuh dgn air di tingkat bawah. Rs mcm x percaya sy akan alami hidup dgn banjir, kerana sewaktu kecil sy x pernah alami banjir apalagi melihat air banjir...

7 Febuari, sesi persekolahan dibuka kembali setelah cuti hari raya cina seminggu. Cuti yg memenatkan kerana membersihkan rumah dan barang2 yg trkena banjir. Di tempat kerja, masing2 bercerita pengalaman banjir masing2. Ada yg lucu, ada yg menyedihkan dan meremangkan...ada juga yg merungut dgn lumpur yg tebal, susah nk dibersihkan pd perabot.

Namun, bg sy banjir yg melanda ini ada hikmahnya...jgnlah kita memandang itu sbg satu kesusahan utk diri kita. Pasti ada sesuatu yg trsembunyi Allah nk tunjuk pada kita. Bagi sy, banjir kali dapat;

1) Membersihkan rmh - sbb kita bknnya brpeluang mmbersihkan rumah setiap tahun. 4 tahun yg sudah rmh kita dibersihkan, kini tiba masanya utk dibersihkan kembali. Apa2 yg tak diperlukan kita buang...

2) Menyusun atur & mengubah suai perabot kembali spya rmh lebih ceria.

3) Menggerakkan anggota badan yg lama x buat pergerakan. Bersenam pun jrg2..

4) Melatih anak2 sy berdikari, kerana selama ni baju pun mesin yg basuh. Bila banjir, mesin brhenti broperasi & mereka basuh kain dgn tangan sj.

5) Mendidik anak brtanggungjawab membantu ibu bapa membersihkan rumah.

6) Melatih diri bersabar dgn musibah dan bencana yg melanda.

7) Kita akan kembali kpd kenangan silam ttg apa yg brlaku semasa bnjir pertama. Seolah2nya banjir kali kedua mengungkit kembali sejarah silam.

8) Mengeratkan silaturrahim, sanak saudara datang membantu membersihkan barang & rumah serta melawat kita sbg "mangsa banjir."

Satu lagi perkara nk sy kongsi...banjir kali ni sy dpt jmpa kembali baju sy yang hilang setahun lalu...

Sememang ada yg trsurat & trsirat tiap apa yg brlaku dalam hidup kita. Janganlah kita menyesalinya atau memarahi tiap takdir yg telah ditentukan Ilahi.

"Sesungguhnya tiap kesusahan itu ada kemudahannya"

1 ulasan:

Ateh Salim berkata...

TAHNIAH kerana mempunyai semangat yang kuat.
Orang tu tak datang jenguk?