Danial: 2 dari kiri
Ini kisah anak muridku...
Aku guru kelas 3 Teratai. Dalam kelas tu, ada seorang murid bernama Mohd. Danial Dasuki bin Esa. Murid ni memang nakal sedikit berbanding murid lain. Danial suka menyampuk kalau aku menyampaikan pelajaran. Kadang-kadang bertanya soalan yang bagi aku soalan lawak @ tak masuk akal. Kadang2 perkara yang mudah pun dia tak boleh nak cari maklumat atau berfikir. Bila buat kerja bertulis selalunya tidak siap kerana dia banyak leka, berbual dengan rakannya atau termenung seolah-olah ada sesuatu yang difikirkannya. Ada suatu hari (Jumaat), aku mengusik dia kerana melihatkan dia termenung mcm memikirkan sesuatu. Keadaan songkok yang dipakainya diletakkan di bhgian belakang kepala tidak menutupi bahagian depan kepala seperti yang sepatutnya. Sudahlah tak memakai stokin, kasut pulak dilucutkannya waktu dalam kelas...
Aku cuba mengusiknya:
Aku: Danial...apsal pakai songkok mcm tu..? stokin pulak tak pakai...
Tak hensem laaa.... (dia tersipu-sipu)
Nanti dah besar tak de awek nak awk tau..sebab tak hensem...tak berpakaian dengan kemas...
Danial: (Sambil tersengih)...saya tak nak kawin cikgu!
Aku: Alah...masa ni bolehlah cakap tak mau kawin...entah2 dah besar ramai awek...ada bini 4...
Semua murid ketawa....termasuk Danial...
Suatu hari aku mengajar kelas itu juga. Menyampaikan tajuk dalam bidang akidah iaitu Sifat wajib bagi Allah "Qiyamuhu bi nafsih". Seperti biasa aku akan menerangkan maksud sifat Allah, hukum beriman dengannya, dalil, kesan beriman dengan sifat tersebut dan akibatnya jika kita tidak beriman dengan sifat Allah itu.
Bagi aku, bidang akidah memang agak sukar untuk disampaikan. Aku perlu memberikan contoh-contoh yang sesuai dengan umur murid supaya mereka boleh faham. Aku cakaplah kat murid2, manusia hidup saling memerlukan antara satu sama lain...contohnya seorang petani memerlukan nelayan, sebelum menjadi seorang doktor, manusia memerlukan seorang guru terlebih dahulu...itulah yang dikatakan manusia saling memerlukan untuk melengkapkan hidupnya. tapi Allah tidak...Allah bersifat berdiri dengan sendirinya, tidak memerlukan bantuan atau pertolongan dari sesiapa...
tiba2...
Danial: Cikgu! Dah besar saya tak nak kawin!!!....
Aku: (terkejut jgk, sbb alih2 dia cakap pasal kawin...)
Knp tiba2 awk cakap pasal kawin Danial..?? Kta kan tengah belajar tentang sifat Allah...
Danial: (tersipu-sipu malu) Yelah...dah besar saya memang tak nak kawin...
Sekali lagi kelas riuh rendah dengan gelak tawa...aku jugak ketawa dengan telatah anak muridku yang sorang ni...hahahaha....
4 ulasan:
budak2 mmg mcm2 hal..
tp sy suka dgn kerenah ank2 murid sy...selalunya menggembirakan hati..
sy jgk suka bertnya @ brbual dgn diorg, x jemu rsnya mngajar smbil brcerita
tetiba katanya
menyampuk cakap pasal kawin plak!
maybe sbb sy ckp.."manusia saling memerlukan antara 1 sama lain", itu yg dia teingat pasal kawin. (lelaki perlukn perempuan...perempuan perlukan lelaki...)
Catat Ulasan