Pengikut

Selasa, Ogos 16, 2011

Resepi Chicken Chop


Image Detail

Bahan2 A:
100gm serbuk roti
1 bahagian paha ayam tanpa tulang
1 biji telur
50gm tepung gandum
sedikit garam
sedikit lada putih

Bahan2 B:
80gm sayur campur
3 sudu mayonis
sedikit gula
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 ulas bawang besar-cincang halus
1/4 sudu teh herba campuran (mixed herb)
1/2 cawan sos barbecue
1 genggam french friesh
sedikit garam
sedikit air

Cara-cara penyediaan:
1. Lumurkan garam dan lada putih pada paha ayam.
2. Salutkan ayan dengan tepung dahulu, kemudian salutkan dengan telur dan akhir sekali salutkan dengan serbuk roti. kalau x de serbuk roti, bakarkan roti dlm microwave (jgn smpi legam plk). pastu tumbuk halus.
3. Goreng dalam minyak yang penuh hingga ayam masak dan keemasan.
4. Untuk membuat sayur, campurkan sayur campur dengan 1/2 sudu makan bawang besar, sedikit gula, garam dan lada putih. Kacau sebati.
5. Untuk sos, tumis 1 sudu bawang merah, 2 ulas bawang putih dan herba campur sehingga wangi, kemudian masukkan sos barbecue dan air. Masak sehingga likat.
6. Untuk kentang, goreng kentang dengan minyak yang banyak sehingga garing dan keemasan.
7. Hidangkan ayam, sayur dan sos atas pinggan. Sedia untuk hidangan.

Anak aku, syauqi suka sangat mkn chicken chop masakan aku ni....TUMBS UP!!!!!

Tiada ulasan: