Pengikut

Rabu, Oktober 31, 2012

BAHAGIAN AQIDAH TINGKATAN LIMA


IMAN MUTIARA HIDUP
Objektif

1. Menerangkan maksud iman.
2. Menghuraikan maksud iman boleh bertambah dan berkurang.
3. Menghuraikan cirri-ciri orang yang bertambah imannya.
4. Merumuskan cirri-ciri orang yang memperolehi kemanisan iman.

Maksud iman.

1. Dari segi bahasa bermaksud mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya.
2. Dari segi istilah pula bermaksud mengakui dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkan dengan anggota semua rukun iman dan rukun islam.

Maksud iman boleh bertambah dan berkurang.

1. Mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah, iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.
2. Iman bertambah apabila seseorng taat kepada perintah Allah dan melakukan ibadat kepada-Nya.
3. Iman seseorang akan berkurang apabila seseorang itu melakukan maksiat kepada Allah/ mendurhakai Allah/ mengingkari perintah Allah/ melakukan larangan Allah/ meninggalkan suruhan Allah.

Ciri-ciri orang yang bertambah imannya/ Ciri-ciri golongan yang mempunyai iman yang kuat:
1. Mengenali Allah dan Rasulnya/ Mempunyai ilmu yang mendalam mengenai Allah dan Rasul-Nya.
2. Banyak melakukan ibadat sunat/ Sering melakukan qiamullail
3. Istiqamah membaca al-Quran/ Mengkaji maksud Al-Quran/ Menghayati ajaran Al-Quran/ Menghafaz ayat-ayat al-Quran/ Bertadarus Al-Quran.
4. Melazimi zikir kepada Allah/ Sentiasa berfikir mengenai keagongan Allah.
5. Sentiasa bertawakal kepada Allah dalam semua usaha yang dilakukan.
6. Berterusan melakukan kebajikan/ banyak bersedekah/ sentiasa melakukan amar makruf dan nahi munkar
7. Sabar menghadapi ujian Allah/ Tenang menghadapi dugaan
8. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu yang boleh meningkat iman kepada Allah/ mendampingi para ulamak
9. Komited melakukan ibadat fardhu/ Sentiasa menunaikan solat

Ciri-ciri orang yang memperolehi kemanisan iman/ Cara memperolehi kepamanisan iman:
1. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya/ Menguatamakan Allah dan Rasul-Nya melebih harta benda dunia.
2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah/ Membantu sesame manusia dengan ikhlas/ Menziarahi saudara seagama kerana Allah. 3. Benci kepada kekufuran/ Bencikan maksiat.
4. Benci dicampakan ke dalam Neraka/ Takut kepada azab Neraka Allah/ Gerun dengan kemurkaan Allah.
5. Sanggup menanggung kesusahan untuk mendapatkan keredhaan Allah
6. Merasa gembira ketika melakukan ibadat kepada Allah/ Sentiasa membuat penambahbaikan dalam melakukan ibadat kepada Allah

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Objektif

1. Menerangkan maksud Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
2. Menerangkan latarbelakang Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
3. Menghuraikan prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
4. Menghurai pandangan Ahli Sunnah wal Jama’ah terhadap beberapa isu.
5. Menerangkankan latarbelakang mazhab Khawarij.
6. Menghuraikan prinsip aqidah mazhab Khawarij.
7. Menerangkan latarbelakang mazhab Syiah.
8. Menghuraikan prinsip-prinsip aqidah beberapa mazhab Syiah.
9. Menerangkan maksud beberapa istilah penting ilmu aqidah.
10. Menjelaskan kepentingan berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.


Maksud Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

1. Ahli Sunnah Wal Jama’ah bermaksud golongan yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Sunnah
serta perkara-perkara yang dibawa oleh para sahabat dan menentang bida’ah.
2. Golongan ini juga digelar sebagai Al-Salafu Al-Soleh/ Ahli Al-Sunnah/ Ahli Al-Hadith/ Al-Jma’ah.

Latarbelakang Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

1. Nama Ahli Al-Sunnah Wal-Jama’ah dimasyhurkan dengan rasminya oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari pada tahun 330H.
2. Gelaran ini juga dimasyhurkan oleh Abu Mansur Al-Maturidi pada taahun 333H.

Prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

1. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan al-Sunnah.
2. Berpegang dengan prinsip al-Salafu al-Soleh.
3. Merujuk kepada al-quran dan al-Sunnah apabila berselisih pendapat dalam sesuatu perkara.
4. Tidak mencela atau mengkafirkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka.
5. Menghukum hanya jika terdapat bukti yang sah.

Pandangan Ahli Sunnah wal Jama’ah terhadap beberapa isu.
ISU PANDANGAN


ISU
PANDANGAN
Al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim/ Al-Quran bukan makhluk/ Al-Quran bukan baharu/
Melihat Allah
Mukmin boleh melihat Allah di Syurga kelak/ Allah boleh dilihat di Akhirat kelak.
Pelaku dosa besar
Masih mukmin kerana masih ada iman/ Dikiran fasiq kerana melakukan dosa.
Iman bertambah dan berkurang
Iman boleh bertambah dan berkurang/ Iman boleh bertambah apabila taat perintah Allah dan berkurang apabila melakukan maksiat kepada-Nya
Qadar dan Qadha
Segala yang berlaku ( Qadha ) telah ditetapkan ( Qadar ) sejak azali/ Segala yang berlaku telah ditentukan dengan kebijaksanaan Allah/ Allah berkuasa mengatur semua kejaadian di ala mini/ Semua perkara baik dan buruk adalah ketentuan Allah.


Latarbelakang mazhab Khawarij.

1. Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah Bin Abi Sufian.
2. Mereka menolak perundingan Majlis Tahkim antara Saidina Ali dan Muawiyah untuk menentukan siapa yang layak menjadi khalifah umat Islam.
3. Belot daripada penyokong Saidina Ali kerana memprotes kesediaan Saidina Ali menerima keputusan Majlis Tahkim.


Prinsip-prinsip aqidah mazhab Khawarij.

1. Beriktikad pelaku dosa besar adalah kafir/ Mengkafirkan pelaku dosa besar.
2. Mengkafirkan golongan yang berbeza iktikad dengan mereka/ Menghalalkan darah golongan yang berbeza iktikad
dengan mereka.
3. Membataskan sumber Syariat kepada Al-Quran sahaja.


Latarbelakang mazhab Syiah.

1. Golongan yang bercita-cita menjadikan Saidina Ali sebagai Khalifah.
2. Golongan penyokong Saidina Ali untuk menerima keputusan perundingan Majlis Tahkim antara Saidina Ali
dengan Muawiyah.
3. Berikut adalah contoh mazhab Syiah:

1. Syiah Imamiah
Dinamakan demikian kerana beriktikad bahawa jawatan pemimpin (imam) umat Islam hanya layak untuk Ahlil Bait sahaja.
Dikenali juga dengan nama Syiah Ithna Asyariyah.

2. Syiah Batiniyah
Dinamakan demikian kerana beriktikad bahawa al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin/ beriktikad bahawa hanya imam mereka sahaja yang memahami makna batin al-Quran. Kumpulan ini paling radikal dan sesat.

3. Syiah Zaidiyah
Dinamakan demikan sempena nama pengasasnya iaitu Zaid Bin Ali zainal Abidin/ Diasaskan oleh cicit kepada Saidina Ali.

Prinsip-prinsip aqidah beberapa mazhab Syiah yang berbeza dengan pandangan Ahlu Sunnah Wal Jama’ah:

1. Syiah Imamiah 




ISU
IKTIKAD/PANDANGAN
Jawatan imam
Adalah anugerah Allah seperti kenabian/
Imam-imam mereka adalah maksum, tetapi tidak diberikan wahyu/
Jawatan imam hanya layak untuk 12 imam dari kalangan Ahlil Bait mengikut urutan/
Setiap imam akan menamakan pengganti mereka/
Imam kedua belas iaitu Muhammad al-Mahdi al-Qaim Bilhujjah akan muncul sebagai Imam Mahdi
Sumber Syariat
Menolak semua hadith kecuali yang diriwayatkan oleh Ahlil Bait.
Amalan Taqiyah
Menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berdepan dengan golongan yang tidak sealiran mereka.
Perkahwinan
Mengharuskan perkahwinan mut’ah/
Mengharuskan kahwin kontrak/
Mengharuskan nikah sementara waktu

2. Syiah Batiniyah



ISU
IKTIKAD/PANDANGAN
Imam
Beriktikad bahawa Saidina Ali dan imam-imam mereka yang lain adalah Tuhan. Beriktikad bahawa imam mereka, Muhammad al-Hanafiyah masih hidup
Kemungkaran
Menghalalkan beberapa kemungkaran/ Menghalalkan minum arak


3. Syiah Zaidiyah



ISU
IKTIKAD/PANDANGAN
Pelaku dosa besar
Berada di antara keimanan dan kekufuran.
Perbuatan manusia
Dilakukan oleh manusia sendiri/ Bukan dilakukan oleh Allah
Imam
Tidak maksum kecuali Saidina Ali, Fatimah, Hasan dan Husin sahaja/ Muhammad Al-Mahdi Al-Qaim Bilhujjah bukan Imam Mahdi
Amalan Taqiyah
Tidak menyembunyikan iktikad apabila berhadapan dengan golongan yang tidak sealiran/ Menolak amalan taqiyah

Rumusan perbezaan pandangan antara Ahli Sunnah dan Syiah



ISU
AHLI SUNNAH
SYIAH
Pelaku dosa besar
Masih mukmin/ dikira fasiq
Berada antara iman dan kufur
Kemungkaran
Mengharamkan minum arak
Menghalalkan minum arak/ Menghalalkan beberapa kemungkaran
Sumber Syariat
Al-Quran dan Al-Sunnah
Menolak semua hadith kecuali yang diriwayatkan oleh Ahlil Bait
Perkahwinan
Mengharamkan kahwin mut’ah
Mengharuskan kahwin mut’ah/ kahwin kontrak

Rumusan perbezaan pandangan antara Ahli Sunnah dan Khawarij



ISU
AHLI SUNNAH
KHAWARIJ
Pelaku dosa besar
Masih mukmin/ dikira fasiq
Kafir
Sumber Syariat
Al-Quran dan Al-Sunnah
Membataskan hanya kepada al_quran sahaja
Sikap bermusuh
Tidak mengkafirkan golongan tidak sealiran/ tidak mencela golongan berbeza iktikad
Menganggap golongan berbeza iktikad sebagai kafir/ Menghalalkan darah golongan berbeza iktikad

Maksud beberapa istilah penting ilmu aqidah.



ISTILAH
MAKSUD
Kafir
Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip aqidah yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadith
Musyrik
Orang menyengutukan Allah dengan sesuatu/ Menyamakan sesuatu dengan Allah dari segi zat, sifat dan perbuatan
Munafiq
Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran/ Orang yang pura-pura beriman sedangkan dia kafir
Fasiq
Orang tidak taat kepada Allah dan Rasul dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil
Murtad
Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad.
Mulhid
Orang yang tidak beragama

Kepentingan berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Tiada ulasan: