Pengikut

Ahad, Mei 03, 2009

INFLUENZA A H1N1 @ SELSEMA BABI




Sememamgnya dunia ini menuju ke akhir zaman, apabila dunia dikejutkan lagi dengan satu lagi wabak yang aneh berpunca dari haiwan berstatus NAJIS MUGHALLAZAH... Haiwan ini merupakan lubuk mengeraman virus influenza.
Inilah petanda kecil dunia sudah menuju ke akhirnya, apabila berbagai-bahgai penyakit melanda.

Wabak yang mula melanda Mexico, Amerika Syarikat serta mula menular ke New Zealand telah meragut 176 nyawa di Mexico kini telah disahkan merebak ke 11 negara lagi. TAKUTNYA....

Terdahulu kita dikejutkan dengan Japanese Encephalitis (JE) di mana virus JE membabitkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi yang berhampiran kawasan ternakan babi. Menjangkiti manusia melalui nyamuk Culex.

Diikuti dengan virus Nipah, virus dari kumpulan yang sama dengan Virus JE cuma nama ini diambil sempena Sungai Nipah tempat virus pertama dijumpai. Menjangkiti manusia menerusi hubungan secara langsung dengan babi.

Terbaru ini, Selsema babi atau diberi nama Influenza A H1N1. Ia berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus Influenza A. Tanda2 jangkitan ialah demam, batuk, sakit tekak, sakit2 badan, sakit kepala serta badan terasa sejuk dan lesu. Manusia biasanya dijangkiti selsema babi melalui hubungan secara langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini. Terdapat juga manusia yang terkena jangkitan ini tidak berkaitan langsung dengan haiwan ini dengan kata lain,ia juga boleh merebak sesama manusia. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan langkah2 yang sewajarnya untuk memantau dan mengawal wabak ini dari terus merebak ke negara kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

3 ulasan:

Ateh Salim berkata...

Itu sebab mak bapak dulu-dulu MELARANG anak-anaknya menyebut 'babi'.

Tak perasan pulak Pak Lang yang anak sedara Pak Lang ni ustazah merangkap doktor.....

(^.^) AzzEnn(^.^) berkata...

Semoga kite semua dijauhi dr segala penyakit2...Amin...

umi_kalsom berkata...

mimi nak batuk r.. tp sebab cuace kot.. pasir gudang nie panas jekk jap2 ujan..