Pengikut

Rabu, Jun 17, 2009

LUMRAH KEHIDUPAN....

"ANDAI DAPAT KU UNDURKAN PUTARAN DUNIA,
INGIN KU UBAH SEMULA KATA-KATA,
DAN TINGKAHLAKUKU YANG SALAH,
AGAR KITA DAPAT TERIRING DI MERCU ASMARA..."

Antara bait-bait yang terdapat dalam lirik lagu kumpulan AXL'S bertajuk "Andai Dapat Ku Undur Masa"

Saya ada seorang kenalan di internet. Dia pernah memberitahu saya bahawa dia pernah kecewa dalam hidupnya. Walaupun dia tak pernah menceritakan perihal sebenar, tetapi saya dapat mengagak apakah dia....
Suatu hari, saya telah membuka profile beliau di laman soaial. Saya hayati lagu yang terdapat di profile beliau (lagu di atas). Saya rasa....Mungkin kawan saya ni pernah putus cinta atau.... apa2 aje laahh...

Bila saya fikir, fikir dan fikir... memang betul juga... kalaulah dapat diundur semula putaran masa di dunia ini, pasti kita tak akan membuat kesilapan. Bukan nak melawan takdir ALLAH, namun, kita manusia... tak mungkin semuanya itu berlaku. Setiap keterlanjuran tutur kata dan perbuatan yang kita lakukan tak akan dapat berpatah balik semula.... Bak kata orang, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata binasa badan.

Justeru itu sebagai manusia kita perlu berhati-hati menjalani hidup. Terutamanya jagalah tutur kata supaya tidak melukakan hati orang tersayang.... ALLAH tak akan memberi peluang kehidupan untuk kali kedua. Mana mungkin manusia boleh mengatasi kuasa ALLAH. Sekiranya perpisahan (hidup/mati) menjemput kita, jangan pula kita menyalahkan takdir Ilahi. Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukannya..... Oleh itu, berfikir sebelum berkata-kata atau bertindak. Jangan bertindak mengikut emosi dan perasaan. Tapi bertindak berasaskan akal fikiran yang waras.

Anggaplah apa yang berlaku itu satu ujian dari ALLAH yang perlu kita tempuhi dengan tabah. Hidup....jika tiada suka atau duka, onak dan duri, bukan kehidupan namanya. Ibarat rencah dalam masakan... Setiap manusia ada kenangan pahit dan manisnya. Tiada guna kita menyesali apa yang terjadi. Itulah ketentuan hidup yang telah tertulis sejak azali lagi. Cuma kita yang tak dapat meramal masa depan.

Untuk sahabat saya itu....
Hidup akan menjadi indah bila kita menjaga hubungan baik sesama manusia, saling hormat menghormati dan berkasih sayang. Percayalah... kita akan rasa dihargai bila disayangi.....


1 ulasan:

APANmu berkata...

Uatazah, kata-kata dan nasihat ustazah tu sangat baik. Almaklum anak ustaz juga...!