Pengikut

Jumaat, Ogos 28, 2009

Hukum Sebat

ISU KARTIKA RELA DISEBAT...




Isu ini bukan hari ini baru diperkatakan, tapi saja nk menulis di sini. Ini kerana saya tiada apa2 nk dikongsikan bersama tika ini...

Seorang wanita, Kartika Seri Dewi Shukarna, 32 merupakan model sambilan berasal dari Singapura kelahiran Perak. Beliau disabitkan kesalahan meminum arak atas pengakuannya sendiri. Akibat sabitan itu beliau dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan. Pada mulanya wanita itu terkejut, tapi enggan merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya...Ini kerana beliau ingin menebus malu keluarga dan bertaubat serta mahu segera dihukum. Namun, hukuman itu ditangguhkan kerana Ramadhan. Sebelum ini Kartika merasa terkilan kerana hukuman itu akan dilaksanakan secara tertutup, dan merayu agar dibuat di depan khalayak ramai kerana ingin memberi pengajaran kepada orang ramai.

Menurut laporan sebuah akhbar, hasil tulisan Zainul Rijal Abu Bakar, hukuman sebat syariah sebenarnya agak berbeza daripada sebat sivil. Walaupun peruntukan hukuman ini sudah lama wujud, pelaksanaannya masih belum lagi meluas.

Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum
arak yang
rancak
diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan".

Pada saya, elok benarlah Kartika membuat pengakuannya atas kesedarannya terhadap kesalahannya sendiri. Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada anak2 muda mudi (org tua juga) supaya segera bertaubat. Taubat yang diperintahkan adalah taubat nasuha seperti disebut dalam Surah at Tahrim ayat 8 yangbermaksud: " Hai orang2 yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya".

Moga Ramadhan kali ini menginsafkan Kartika dan kita semua. Setiap orang yang melakukan kesilapan dan kadangkala kesilapan itulah yang mengajar kita untuk mendekatkan diri kepada Allah.........

"SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK"




Tiada ulasan: