Pengikut

Ahad, September 06, 2009

Cerita Ramadhan

Along dan Angah di pasaraya Giant.


Tengoklah Syauqi tu... Kurus je badan dia...tapi, tahan berpuasa..

Kesian anak-anakku.... letih sangat berpuasa.


Hari ini 16 Ramadhan, bermakna 13 hari lagi kita nk menyambut Syawal. Anak2 sy semuanya masih cukup berpuasa tahun ni... terutamanya yg bungsu Syauqi, walaupun blm mencecah usia 6 tahun tapi dia boleh menahan lapar dan dahaga. Cuma hari pertama dia minta minum pada pukul 3 petang. Oleh kerana kasihankan dia, apalagi baru nk belajar bepuasa, saya beri dia air dan nasihatkan dia, "esok Qie puasa lagi tapi sampai petang sikit.." dia kat "Ok".
Seperti yang dijanjikan Syauqi mampu berpuasa hinggalah ke hari ini. Dia tak kisah nak mintak makan atau minum, tapi saya pulak yang kasihankan tengok dia. Badan kurus kering, kalau puasa lagilah jadi kurus...Lagipun kalau dia tak puasa, waktu siang begini bukannya ada makanan pun untuk dia... lebih baik dia puasa. Senang sikit ada anak yang sudah besar. Saya pun tiada masalah tentang study saya. Banyak masa saya untuk menelaah pelajaran...Sekarang ni saya tengah buzy buat myLMS di laman web OUM tu... Bnyk subjek yg saya blm masuk untuk forum. Pensyarah cakap sekurang2nya kita perlu masuk 3 kali forum untuk setiap discussion, itu blm lagi masuk ruangan general dan assignment. Sekarang ni kepala dah ringan sedikit selepas assignment dah selesai dan ada yang telah dihantar. Ada 4 subjek lagi, 2 subjek akan dihantar pada esok (Isnin-7 Sept), 1 (English 4 written) hantar hari Rabu dan English 4 Oral lepas raya nanti... Mula dari sekarang ni saya perlu study smart untuk final exam pada 29 September hingga 2 Oktober. Harap saya akan berjaya nanti....

Semalam, semasa saya pergi ke bandar untuk binding assignment, sempat juga saya singgah ke kedai pakaian untuk menjenguk2 pakaian raya untuk anak-anak saya. Tapi... hati belum tergerak untuk membelinya... Entah kenapa, rasa macam lambat lagi.... Mungkin hujung minggu ini kami mula membelinya. Bila dah dekat raya nanti sudah pastinya ramai pengunjung di kedai2 pakaian nanti...

Untuk mak dan ayah, saya tidak dapat membeli pakaian yang sudah siap... cuma, hari Khamis lepas saya bank in ke dalam akaun mak untuk persediaan raya untuk mak, ayah, ameer, din, bilah dan zarif. Harap kalian gembira. Itu saja yang mampu saya berikan. Nak beli yang dah siap, maklumlah... atas faktor masa... faham2 jelah....

Sebentar tadi saya sempat menjenguk blog adik saya (azah), tinggi betul selera dia di bulan Ramadhan ni.... Tak pelah zah.... makanlah selagi boleh makan dan selagi termampu... tapi, kena jaga juga jenis makanan tu... jangan terlalu banyak minyak atau terlebih garam dan gula. Jaga kesihatan.

Semoga Ramadhan ini akan dapat meningkatkan ibadah, menyucikan diri dan memupuk silaturrahim sesama keluarga....




click to create your own

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kaklong..terima kasih nasihatkan adik azah..betul ckp kaklong tu..patutnye bulan puasa kurangkan makan, ni nak makan mcm2 pulak..
angah dah pakai spect mata ke skrg??dah rabun pulak..
siannye syauqi..bagus,dah di latih berpuasa kecik2..
rindu kat anak2 sedara makteh..
raya nanti jumpa ye...

Shila berkata...

ha ah laa... angah dh pakai spect,
x pelah nk makan tu..bln ramadhan ni selera mmg gitu. k, jmpa raya nanti...