Pengikut

Rabu, September 16, 2009

myLMS trouble aje...!!





Malang sungguh malam ini... Sedang sy online forum di myLMS OUM, tiba-tiba internet transfer ke mywebsearch..!! sakitnya hati... sudah beberapa kali terjadi begini (mlm ni aje). Menurut pensyarah sy kalau ikut kekerapan kita berforum, setiap student dikehendaki sekurang-kurangnya tiga (3) kali berforum dalam setiap ruangan discussion yang ada lima tu, termasuk general dan assignment yang menjadikan jumlah keseluruhan forum (7x3) 21 semuanya. Kalau banyak lagi baik... Itulah akibatnya suka menangguhkan kerja, apalagi ruangan ini akan ditutup pada 27 September ini. Semakin risaulah saya. Tapi dalam kerisauan itu ada juga ketenangannya, sebab saya cuma tinggal satu subjek saja iaitu English for Oral Communication. Sebenarnya tinggal satu lagi ruangan discussion untuk subjek itu. Jadi, malam ni tak dapat nk habiskan kerana masalah itu.

Selepas raya nanti kami akan menduduki final exam. Hari ini kami bergambar kenang-kenangan beramai-ramai... Al-maklumlah waktu SMP nanti may be susah nk jumpa kembali kerana kami lain2 opsyen.. Sedar tak sedar, rupa2nya tinggal 2 minggu lagi perjalan KPD-OUM 14 minggu ni.. Harapan saya, semoga apa yang kami dapat selama 14 minggu ini memberi semangat baru untuk kami ketika di sekolah nanti. Rindu rasanya pada anak2 murid dan rakan2 guru di sekolah...... Ya Allah ya Tuhan kami, semoga kami semua berjaya menyambung pelajaran di peringkat SMP nanti. AMIN..

Tiada ulasan: