Pengikut

Sabtu, Oktober 17, 2009

Bersendirian


Hari ini Jumaat 16 Oktober 2009, sekolah saya cuti peristiwa sempena perayaan Deepavali. Hari Isnin pula cuti berganti dan telah pun diganti ketika saya masih lagi berkursus KDP di IPTHO. Tetapi, suami dan anak-anak saya bersekolah hari ini. Sekolah mereka tidak mengambil cuti.

Bermakna hari ini saya tinggal bersendirian di rumah. Seperti biasa,saya akan bangun awal daripada suami dan anak-anak. Sayalah yang mengejutkan mereka untuk bersiap-siap ke sekolah. Pagi ini, setelah anak-anak saya selesai berpakaian sekolah, seperti biasa juga saya akan menyediakan minuman kegemaran mereka, MILO suam dan roti yang saya sapukan kaya. Kalau panas, nanti lambat pulak mereka nak minum, sebab mereka ni lambat bersiap dan turun ke tingkat bawah.

Selesai sahaja saya menghantar mereka ke pintu pagar, saya pun mulakan operasi saya sebagaimana hari hujung minggu... Sebelum saya bersarapan, saya menyapu rumah serta cuci cawan yang mereka minum tadi sementara mesin basuh berhenti beroperasi... Begitulah kebiasaan saya, kalau buat kerja rumah, saya lupakan dulu pasal sarapan pagi. Selesai saja, saya pun menyidai pakaian yang siap dicuci tu. Di tv saja saya pasangkan siaran ritma irama (kalau x silap, sebab saya dh jarang tengok tv sejak KDP) kt channel 180. Sambil buat keje, sambil dengar lagu. Selepas itu, barulah saya bersarapan. Tiba-tiba..... Hp saya berbunyi... Oh, mak rupanya...! mak kata hari Sabtu malam Ahad ni ada orang nak datang merisik adik saya Mimi. Kalau boleh saya nak balik, untuk tak menghampakan mak dan ayah.

Selesai mengerjakan rumah bahagian bawah, saya mengerjakan pulak rumah bahagian atas... Huh..!! macam ada 2 rumah pulak!! Selesai semua tugasan tu, saya pun luangkan masa buka blog saya dan adik-beradik saya. Tapi, kenapa la hari ni YM saya tak boleh sign in.. kalau tak, boleh saya chat dengan adik saya Bella yang kt Mesir (kalau dia on YM dia), mungkin jugak dia sedang enak dibuai mimpi...Waktu ini di sana mungkin dalam pukul 4 pagi.. atau, untuk saya chat dengan adik-adik yang lain... atau, kawan-kawan seperjuangan saya....

Petang, saya pergi ke rumah adik saya Rafidah di Taman Astakajaya, Buluh Kasap. Didah buka YM dan kami sama2 chat dgn Azza dan Zaki yg kebetulan dia on line sekali. Seronok dapat borak dengan diorang. Walau berjauhan tapi, masa dan keadaan tidak membataskan kami untuk bercerita tentang hal masing2.....


***********************************************



Seperti yang saya janjikan, saya upload gambar semasa menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tu....

3 ulasan:

paklang berkata...

hepi deepabali...

aza berkata...

kaklong,bestnya ym smlm kan?smbil webcam asik ketawa je...aritu ade jg ym dgn biela..dia ckp rjn jg ym dgn k.long,b.zaki.k.cik..sy cuti jumaat smpai selasa..tp kena kursus..

Shila berkata...

haah...best.. walau berjauhan tapi boleh sembang2 mcm biasa