Pengikut

Rabu, Oktober 21, 2009

Misteri Sejadah Berdiri


ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.


"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat. -(Berita Harian 21 Oktober 2009)


Sebelum ini kita pernah dikejutkan "sejadah solat"... tapi saya tak ingat di negeri mana, walaupun saya pernah menyaksikan sendiri video tersebut. Tapi bila saya menyaksikan gambar ini, apa yang saya fikirkan ialah tentu ada individu tertentu yang melakukannya untuk menakutkan atau menyedarkan masyarakat keliling. Kalaulah benar ia berlaku....mungkin itu adalah amaran atau ingatan untuk kita umat akhir zaman supaya jangan meninggalkan kewajipan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Entahlah... saya pun tak pandai komen apa-apa. Cuma kita sebagai hamba Allah haruslah beringat selalu........ajal, maut, qadha' dan qadar Tuhan, manusia takkan lari dari semua tu. Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Walau di mana manusia berada, setinggi mana pangkat seseorang itu, darjatnya tetap sama di sisi Tuhannya. Kita manusia yang penuh kekurangan dan kelemahan diri. Hanya Allah yang Maha Sempurna....

AKU: Akhirnya misteri ini terjawab juga apabila didapati kanak2 nakal yang melakukan perbuatan tersebut........mmmmmmmmm.....


Tiada ulasan: