Pengikut

Ahad, November 15, 2009

Sesekali berfesyen...


Ini tudung yang biasa2 saya pakai. Sesekali saya juga nak bertukar fesyen tudung, supaya kelihatan lain dari yang lain atau sekadar ingin bergaya mengikut trend terkini...
Cantik keee....tak cantik keee... Lantak apa orang nak kata...!!!



Tudung ni saya beli dengan sepupu saya CT @ pahang...


Samalah jugak yang ini.... Susah juga nak menggayakan fesyen ni.





Begitu juga yang ini...
Sesiapa yang berminat dengan tudung fesyen ini bolehlah layari blog ini: http://magicshawl.blogspot.com/



Yang ini pulak kirim kat mak kat Pasar Rabu jeee...di Ayer Hitam. Kainnya lembut, tak panas. Mudah dipakai mengikut bentuk muka kita.


Tudung yang coklat ni, kawan baik saya bagi... :)


Tapi.....kalau sesekali pakai tudung macam ni bila keluar bandar tentu orang akan pelik kan...!!!


***********************************************

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.




Tiada ulasan: