Akhirnya saya pergi juga mendaftar di OUM Stulang Laut pada 7 November 2009. Bukan apa, setelah 2 minggu tertanya-tanya, kebingungan dan apa2 aje yang melanda jiwa ni akhirnya saya dan rakan2 sama2 pergi mendaftarkan diri sebagai mahasiswa OUM. Pada awalnya, kami menerima sms dari rakan2 KDP bahawa sesi pendaftaran SMP pada 7 November ini. Saya rasa macam berita itu tak benar kerana maklumat ini bukan dari pensyarah atau pihak OUM sendiri. Hati tertanya2 dari mana mereka dapat sumber ini??? Boleh percaya ke??? Macam mana kalau tak betul? Result penuh pun masih belum keluar lagi... Yang peliknya pensyarah kami sendiri tak tahu maklumat ini... Itu yang membuatkan saya kebingungan... Setelah banyak sms dari kawan2 yang nenyatakan perkara yang sama, hati saya mula rasa percaya. Saya merancang balik rumah mak petang 6 November.
Tetapi.......pada tengahari 6 November, disaat saya telah merancang perjalanan keesokkannya, tiba2 seorang rakan saya memberitahu melalui sms bahawa tiada pendaftaran di OUM pada 7 hb. Isk....!! macam mana ni??? Tak pelah.. saya rilexkan minda dan diri saya. Tukar semua perancangan awal, yang mana sepatutnya pada petang 6 hb tu, saya nak balik rumah mak. Esoknya saya bertolak ke OUM dari sana & janji dengan kawan kt tol Ayer Hitam utk pergi konvoi, saya drive sendiri kononnya...
Tiba2.......sejurus selepas solat maghrib, hset saya berbunyi. Sms dari OUM "Anda ditawarkan program SMP Kohort 7 dengan **Bersyarat**. Sila hadir ke PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR untuk pendaftaran pada 7 November 2009 pukul 8 pagi."
Aiik...Bio betul!! hati saya berkata... kenapa pulak bersyarat...??
Hati saya berdebar2, bukan apa....saya tak biasa drive jauh2..dari Segamat ke Johor Bahru, jalan menghala ke OUM Stulang laut pun tak tahu. Hanya dapat gambaran sedikit dari adik ipar. Kalau nak bertolak pagi2 buta dari Segamat memang saya tak expert nak cari tempat tu... Mujurlah ada kawan yang sama kursus KDP sebelum ini. Saya janji nak follow dia dari belakang, disebabkan kereta dia pun dah penuh kerana dia bawa anknya dan 3 orang rakan lagi.
Pada keesokkan paginya, sebelum sy keluar dari rumah, kawan saya tu call dan dia ajak saya naik sekali dengan dia kerana dia bawa UNSER, masih muat kalau saya ikut serta. Syukur...Alhamdulillah...Tuhan masih menyayangiku... di saat kita kebuntuan dia tunjukkan jalan penyelesaiannya... Benarlah ayat al-quran dari surah Al-Insyirah ayat 6 yang berbunyi: "Inna Ma'al 'Usri Yusro" bermaksud "bahawa sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan".
Sesi taklimat di OUM kami dijelaskan tentang perkataan **BERSYARAT**: sebenarnya Kohort 7 (kami lee..) ni adalah semester express. Result belum keluar, tapi kami telah pun ditawarkan ke SMP. Bayar semua yuran dan modul.. Apabila seminggu nanti buka myLMS tengok result sebenar, sekiranya kami berjaya dapat point (2.0) ke atas dan lulus semua 7 subjek KDP, kami dibenarkan menyambung SMP. Tetapi.....sekiranya gagal....kami dikehendaki memulangkan semua modul yang dapat. Aduuuhhh.....! kenapa siksanya sampai macam ni sekali..??? Tidakkah mereka terfikir, kami datang dari jauh, dah buat pembayaran, datang dengan penuh semangat... Andainya gagal memenuhi syarat, terpaksalah kami datang semula ke OUM semata2 untuk memulangkan modul..???
Kemungkinan tutorial pertama pada 22 November, tapi tarikh ni utk IPTI, kami dari IPTHO belum dapat kepastian. Dengan 2 kali tutorial, pada 12 Disember ni pulak dh nk mid term exam..? 2 kali tutorial sebelum final exam pada 2 Januari 2010.... Boleh ke?? Hai..pendeknya semester 1 kerana pada 3 @ 9 Januari 2010 dh daftar untuk semester 2.
Mungkin inilah ujian untuk saya. Walau bagaimanapun saya harus kuat menghadapinya. Saya akan sentiasa berdoa agar Allah akan mempermudahkan segala urusan dalam hidup saya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kesabaran adalah kunci segalanya...
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan, petir & kilat... Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari...Rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan pelangi. Kadang-kadang Allah tarik sedikit nikmat,kita bersedih...rupa-rupanya Allah ingin kita menyelami apa itu nilai PENGORBANAN..."
aku: Setiap manusia pasti diuji Allah..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan