Pengikut

Rabu, November 04, 2009

Tazkirah untuk diriku.....


Andaiku tahu, kapan tiba ajalku,
ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku....

Akhlak Islamiah menganjurkan sesuatu yang sangat berharga, "Ingatlah dua dan lupakanlah dua, ingatlah kebaikan orang kepadamu dan lupakan kesalahan orang lain serta lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan ingatlah kesalahanmu kepada mereka."

Islam menggalakkan umatnya sentiasa berbuat baik sesama insan, sehingga kita digalakkan agar melupakan kesalahan orang lain dan ingatlah kesalahan kita kepada mereka... Tetapi bagaimana pula dengan insan yang tidak mahu melupakan kesalahan orang lain dan sentiasa menyalah-nyalahkan kita akan kesilapan yang telah kita lakukan terhadapnya. Bukankah dia juga ada kesilapan? Cuma bentuk kesilapan kita berbeza dan mungkin ia tidak menyedarinya....Haruslah kita ingat, kita adalah insan biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan. Jika kita dianjurkan melupakan kesalahan orang lain, mengapa orang lain tidak boleh melupakan kesalahan kita padanya. Kita adalah manusia kerdil di sisi Allah. Tiada manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan, hanya Nabi sahaja yang bersifat "Maksom" (terpelihara dari sebarang dosa). Jika Alah dan RasulNya boleh memaafkan kesalahan umatnya walau dosa itu sebesar gunung (kecuali Syirik), mengapa ada segelintir manusia tidak mengamalkan sunnah Rasul ini..?? Tidak mahu memaafkan kesilapan sesama rakan, keluarga dan orang keliling. Adakah ia bersifat keras hati namanya....?

Ada 3 perkara yang membuat manusia itu keras hati:

1. Makan makanan yang tidak halal.
2. Tidak mengamalkan atau membaca al-Quran.
3. Tidak mendengar majlis ilmu selama 40 hari.

Hati yang bercahaya adalah hati yang diterangi dengan sifat-sifat terpuji. Sifat-sifat seperti sabar, redha, tawakkal, tawadhuk, berbaik sangka dan suka memaafkan adalah cahaya kepada hati. Justeru itu, dapatlah kita gambarkan orang yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain adalah manusia yang hatinya tidak punyai cahaya... Sifat yang berlawanan seperti marah, putus asa, menyerah diri kepada makhluk, sombong, bersangka buruk dan pendendam adalah gerutu gelap bagi dinding hati.

Apabila gelap hati seseorang insan, amat mudah baginya melakukan sebarang dosa dan maksiat. Tidak malu dengan Tuhannya, selalu mengikut kata hati yang sentiasa dibayangi bisikan syaitan yang sentiasa menyesatkan. Tanpa kita sedari Syaitan sentiasa membisik-bisik ke dalam hati manusia sebenarnya...... rasa was-was, syak wasangka, hasad dengki dan sebagainya adalah berpunca dari bisikan syaitan. Oleh itu, sentiasalah memohon perlindungan Allah agar terhindar dari bisikan syaitan.

*******************************************************

Kata kawan saya.....
(Elok juga kita fikirkan ungkapan ini....)
"Bila bahagia datang menjemput, seakan kita mahu hidup lebih lama lagi...
tapi.....
bila derita datang menjelma,
serasakan biarlah dunia ini berhenti berputar di saat itu juga...."
Hmmmmmmm...fikirkanlah....

Tiada ulasan: