Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan tumpuan dalam kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia serta cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Baka (nature) dan persekitaran (nurture) adalah faktor utama yang menjadikan ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Faktor baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita
Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam buku Psikologikal Pendidikan Tutorial Dua, faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu faktor eksogen. Bagi Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, baka dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanakManakala ahli sosiologi menegaskan bahawa persekitaran adalah penting. Menurut mereka, pertumbuhan dan perkembangan seseorang bukanlah diwarisi tetapi diperkembangkan oleh faktor-faktor persekitaran seperti guru yang berkesan, asuhan yang sempurna, makanan yang seimbang.
Walau bagaimanapun, ada ahli-ahli psikologi yang berpendapat perkembangan individu diwarisi oleh faktor baka. Contohnya, kita tentu pernah melihat kanak-kanak yang lemah diberi pemulihan dan bimbingan oleh guru-guru hampir setiap hari, malah berbulan-bulan tetapi pencapaian individu masih lemah berbanding murid lain. Situasi ini menunjukkan pentingnya pengaruh baka ke atas seseorang individu.
Sebaliknya, ahli-ahli psikologi menentang pendapat tersebut. Menurut mereka, kecerdasan diwarisi melalui faktor persekitaran. Contohnya, kecerdasan seseorang boleh ditingkatkan dengan memperkaya persekitarannya. Sekiranya seseorang individu itu lemah dari segi mental, ini menunjukkan bahan, tenaga dan masa yang digunakan untuk melatih individu itu hanya akan mencapai kejayaan yang terhad. Malah, seseorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi jika tidak diberi asuhan bimbingan, rangsangan dan pengajaran, mungkinkah dia mengalami perkembangan mental yang maksimum? Tentu sekali tidak. Ini menunjukkan pengaruh persekitaran adalah penting.
Isu seperti inilah yang terus dibahaskan, iaitu yang manakah lebih penting: baka atau persekitaran? Yang lebih jelas kepada kita ialah pencapaian seseorang individu sama ada dalam bidang akademik atau aktiviti kokurikulum, adalah hasil interaksi faktor baka dan persekitaran.
Menurut teori Arnold Gesell, baka dan kematangan adalah faktor penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan mereka adalah unik antara satu sama lain dan tempoh 5 tahun pertama merupakan perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Mengikut teori perkembangan Robert Havighurst pula, perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga juga amat mempengaruhi personaliti merekaPada pendapat saya, baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum. Semua kanak-kanak akan mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama tetapi corak perkembangan mereka yang berbeza-beza. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Saya berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor sama penting yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.Oleh itu, peringkat-peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza bagi setiap individu. Ibu bapa dan guru-guru perlu memberi perhatian terhadap setiap perkembangan kanak-kanak kerana setiap perubahanitu akan mempengaruhi kebolehan dan penerimaan mereka terhadap pembelajaran di sekolah.Dari perspektif Agama Islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan, ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang ciri-ciri jika ingin memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat keturunannya? Jelaslah di sini, faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembang individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga Islam.
Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor keturunan atau baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang, tetapi sejauh mana atau sekuat mana ia mempengaruhi bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri seseorang individu. Dalam proses inilah pengaruh persekitaran memainkan peranan terbesarnya dalam mempengaruhi perilaku, pewatakan dan peribadi seseorang individu.Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupannya, pengaruh keluarga dari segi gaya hidup seharian, didikan orang tua dan juga faktor rakan sebaya serta pengaruh media-media massa baik media cetak ataupun elektronik.Justeru dalam era globalisasi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor persekitaran dalam perjalanan kehidupan individu, memberi impak terbesar dalam pewatakan individu dan sebagai pengaruh terbesar masa kini kepada pertumbuhan dan perkembangan individu terutama yang sedang meningkat dewasa.
Perkembangan adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Ia dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.Baka menentukan had perkembangan, manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap maksima.Dengan ini jelaslah kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan peranan utama dalam menentukan keupayaan mental, jasmani atau sosioemosi seseorang individu. Ringkasnya, terdapat tiga faktor utama yang menentukan perkembangan seseorang individu. Faktor-faktor itu ialah, potensi yang diwarisi, persekitaran seseorang individu dan tindakan seseorang individu terhadap baka dan persekitarannya. Implikasinya ialah, keupayaan mental serta persekitaran yang baik tidak semestinya menghasilkan seseorang individu yang baik dan pandai sekiranya tindakan yang wajar tidak diambil untuk merangsang perkembangan individu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan