Pengikut

Khamis, Disember 24, 2009

PROFESIONAL ETHICS(2)

Bab 4: Penggunaan Undang-undang dalam membuat keputusan.

Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibina oleh masyarakat untuk menguasai atau mengawal tingkah laku di dalam masyarakat tersebut. Oleh itu, kita perlu merujuk kepada undang-undang apabila kita menghadapi dilema etika di dalam sesuatu organisasi apabila memilih antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial. Biarkan undang-undang menentukan segalanya kerana masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat secara kolektif (berkumpulan) oleh anggota masyarakat tersebut mengenai tindakan dan kelakuan yang harus dibuat dan ia akan memberi kesan kepada kebajikan terhadap masyarakat tersebut.

Definisi undang-undang:
Undang-undang boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan menyeluruh diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan dikuatkuasakan.

Peraturan ini menjelaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan ahli masyarakat yang lain. Ia adalah keperluan bagaimana untuk bertingkahlaku, bukannya sekadar harapan atau cadangan. Dengan kata lain, undang-undang ialah apa yang mesti dilakukan.

Ciri-ciri undang-undang:
1. Consistent (Konsisten) - Tiada bantahan dalam tuntutan untuk membolehkan ia diterima sebagai sebahagian daripada undang-undang.
2. Universal (Menyeluruh) - Dapat dipakai oleh semua orang yang menghadapi keadaan atau situasi yang sama.
3. Published (Diterbitkan/dicetak) - Ditulis, dicetak dan dapat diterima oleh semua masyarakat.
4. Accepted (Diterima) - Biasanya dipatuhi oleh masyarakat.
5. Enforced (Dikuatkuasakan) - Ahli-ahli masyarakat dipaksa mematuhi undang-undang sekiranya mereka tidak ingin mematuhi secara sukarela, sesiapa yang langgar undang-undang dan berjaya dibuktikan ia akan menerima hukuman.

Proses pembentukan undang-undang:
1. Proses individu - Proses ini melibatkan pendirian norma individu (individual norms), ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain akan bertindak/berkelakuan bila berhadapan dengan situasi tertentu. Kepercayaan (belief), iaitu bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu dan nilai ( values) iaitu peringkat-peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma-norma dan kepercayaan-kepercayaannya di dalam undang-undang.
2. Proses kumpulan - Setiap masyarakat mempunyai latar belakang atau persekitaran yang menggabungkan nilai, ajaran agama, tradisi budaya, kedudukan ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial dan politik.
3. Proses sosial - Perubahan dalam norma (norms), kepercayaan (belief) dan nilai (values) akan memberikan kesan yang ketara ke atas undang-undang.
4. Proses politik - Wakil yang dilantik atau dipilih dengan rasmi adalah bertanggungjawab untuk membuat rumusan mengenai undang-undang di dalam sistem yang diwakili.

2 ulasan:

zaki berkata...

pening kepala mengapal professional ethics...

Shila berkata...

ya ah...sbb tu tulis kt sini, utk kuatkan daya ingatan..