Jumaat, Januari 29, 2010
AL-MALIK
Al-Malik bermaksud Yang Maha Berkuasa atau Maharaja. Al-Malik merupakan nama Allah yang ketiga selepas Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dalam surah Al-Fatihah ada disebut "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim" (dalam ayat ketiga) yang bermaksud yang maha pengasih dan maha penyayang, diikuti ayat ke empat (Maliki Yau Middin) yang bermaksud "yang menguasai hari pembalasan".
Dari sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah menjelaskan kepada kita bahawa Allah yang bersifat maha pengasih dan penyayang sentiasa mencurahkan rahmatnya kepada hamba-hambanya sekaligus memiliki kuasa (malik). Tetapi makhluk yang memiliki sifat rahmat (kasih sayang) belum tentu memiliki kuasa. Contohnya; seorang ibu yang memiliki rahmat atau kasih sayang terhadap anaknya belum tentu dapat menguasai kehidupan anaknya, kerana suatu hari nanti anak-anak akan menentukan kehidupan masing-masing mengikut kemahuan mereka sendiri. Akan tetapi rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa memiliki kuasa terhadap hamba-hambanya. Allah berkuasa sebagai pemerintah, pentadbir sekelian alam. Wujudnya alam ini bergantung pada kuasa Allah untuk menjadikan atau memusnahkannya serta menjadikan sesuatu atau tidak. Dialah yang berhak menentukan segalanya atas kemahuanNya dan kehendakNya.
Mengapa manusia suka berkuasa?
Manusia yang memegang kedudukan sebagai perancang atau ketua sering berasa berkuasa iaitu mahu dihormati dan dilayani. Potensi "Malik" yang sudah sedia wujud dalam diri manusia menyebabkan manusia seringkali merasa dirinya adalah pemegang kuasa tertinggi. Akan tetapi, sikap ini perlulah diawasi selalu kerana iblis sentiasa memperdaya manusia supaya menjadi sombong dengan kuasa yang ada. Contohnya; Raja Firaun yang memerintah di zaman Nabi Musa, beliau bukan sahaja merasakan dirinya mempunyai kuasa mutlak sebagai raja tapi, mengaku dirinya sebagai Tuhan seterusnya sombong dengan kuasa mutlak yang dimilikinya.
Al-Malik sebagai sumber motivasi:
Apabila kita memahami Al-Malik dengan baik dan menerapkan Al-Malik dalam kehidupan kita, kita akan yakin bahawa alam semesta ini adalah dalam kerajaan Allah, kekuasaan atau genggaman Allah. Allah adalah pentadbir yang memerintah alam semesta ini. Jadi, bila manusia menyedari Allah yang lebih berkuasa, tiada seorang pun yang dapat mendakwa dirinya sebagai pemegang kuasa tertinggi di dunia ini. Apabila ada peluang menjadi penguasa atau ketua tentulah akan menerapkan rasa aman, damai, sejahtera dan selamat kepada orang yang berada di bawah pimpinannya.
Al-Malik ubah cara berfikir:
Al-Malik boleh mengubah cara berfikir individu melalui ayat "Maliki yau mid din" ayat ke empat surah al-Fatihah yang bermaksud yang menguasai hari pembalasan. Ayat ini mengajar manusia mematuhi apa kehendak Tuhan kerana Allah telah mengamanahkan kita supaya mengelola dunia mengikut kehendaknya bukan kehendak kita sendiri.
Amalan berzikir Al-Malik:
1. Carilah tempat di mana kita rasa selesa, seronok, santai dan tidak terganggu oleh suara-suara lain. Baca dengan suara nyaring setakat kedua-dua belah kita mendengarnya. Ulang sebanyak mungkin.
2. Ketika mengucapkan Ya Malik, rasakanlah betapa luasnya kerajaan Allah yang terbentang luas di alam semesta ini.
3. Amalkan membacanya 100 kali selepas gelincir matahari setiap hari nescaya akan menghilangkan rasa kesedihan dan mendapat ketenangan.
3. Baca 120 kali selepas terbit fajar, akan dikurniakan rezeki dari Allah subhanahu wa taala.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
ayat atau cara penulisan sama macam buku.. kalau sekali baca aje memang susah nak faham. Perlu kepada pengulangan bacaaan. MMM bagus post macam ni.. teruskan.
sbnrnya, ni dh ringkaskan dari hujahan yg pnjg lebar. kalau nk ikutkan lagi panjang dan tak faham... ni boleh faham sikit dr yg asal... wah..mcm lecturer la pulak!
contoh yg diberi pun buat sendiri taw!!!
rilek.. blog biasalah komen mengkomen, orang mati pun boleh komen kat blog kita. tu.. azah punya kerja la.
mmm apa motif gambar rumput ni ditayangkan ye?? kalau lembu nampak ni kan dia berebut nak makan kat sini...
tu pokok yang bulat-bulat tu amenda la pulak dia punya motif ye??? apa gunanya untuk jadi payung ke?? sebab blog ni asyik berujan aje.. hahahahaha
fikirkanlah sendiri....setiap yang dijadikan olehNya ada makna yang trsurat & trsirat... rumput2 tu pun renungkanlah dgn mendalam, apa yg trkandung disebaliknya...tak semestinya gambar yg upload tu brkaitan dgn post... hnya untuk santapan pancaindera..
Catat Ulasan