Pengikut

Jumaat, Disember 31, 2010

Penghujung 2010


Hari ini 31 Disember 2010...semua rakyat malaysia brcuti 1MALAYSIA kerana merai kemenangan Malaysia dalam perlawanan bola sepak PIALA AFF SUZUKI 2010 dengan Indonesia.

Hari ini jgk trkenang semua peristiwa sepanjang 2010... Ada suka, ada duka...bagaimnpun...itu lumrah kehidupan. Kita merancang Tuhan menentukan. Siapa pun mahukan yang trbaik dalam hidup. Setiap yang manis itu pastinya kita harap akan berpanjangan & yang kurang itu, kita harap akan brtukar menjadi manis...Insya Allah..Setiap tahun umur kita meningkat, adakah amalan kita turut sama meningkat...?

Kita pun percaya, kita bknlah sesapa pun untuk tukar semuanya menjadi indah belaka. Kalau kita punya kuasa magic tentu hidup kita selalu senang & mudah. Apa yang mahu dengan sekelip mata berubah. Tapi, manusia memerlukan usaha dan kesabaran...hanya dengan doa menjadi kuncinya. Berusaha, berdoa & bertawakkal kepada Allah...pasti Allah akan beri yang terbaik dlm hidupmu... Semoga dengan cara itu akan meningkatkan keimanan kita yang selalunya diganggu gugat dengan hasutan iblis dan syaitan. Yang pastinya jangan terlalu cepat marah kerana kemarahan adalah sahabat syaitan. Walau apa yang berlaku menuntut kita supaya sentiasa sabar.

Selamat Tinggal 2010...dan selamat datang 2011...
Aku bersyukur padamu atas apa yang kau kurniakan kepada kami selama ini. Lindungilah kami sekeluarga dari dosa dan kejahatan. Limpahkanlah rahmatmu ke atas keluarga kami. Semoga kasih sayang & rahmat Ilahi sentiasa mengiringi kehidupan kami di masa2 akan datang.....



Tiada ulasan: