Pengikut

Ahad, Mac 27, 2011

Pampasan & ihsan banjir...

Syukur kepada Allah...

Sy bukanlah blogger tegar, sy menulis hanya mengikut kesempatan sy. Di mana ada ms terluang sy akan post entry di sini. Kebiasaannya ketika sy menaip assignment, banyak pulak ms sy untuk menulis blog...

Sepanjang minggu ini, sy banyak mengulangkaji modul. Maklumlah hari exam dh semakin dekat. Siksanya nk menghafaz bahasa arab. Bila sy lihat statistik blog sy, sy dapati jika sy tidak menulis blog maka ranking pelawat akan menurun.

Statistik dr blog sy dr 26 Feb - 26 Mac 2011

Ni plk statistik dr nuffnang...

Ada sesapa tau, printscreen version apa yg ok..? sbb sy guna "gadwin prinscreen professional 4.5"(unregistered) dia akan kuar tulisan mcm tu... yg gadwin printscreen 4.4 selalunya gagal utk printscreen.


Ini bermakna, sy perlu sentiasa update blog sy...jika mahukan ranking tinggi.
Mana mungkin...kerana, waktu ini sy perlu tumpukan pd modul dahulu.

Sepanjang minggu ini, sebagaimana rutin hari bekerja, sy akan sibuk menguruskan ank2 bersekolah. Hantar & ambil mereka pulang dr sekolah agama. Masa yg trluang sy masak utk mkn mlm. Kdg2 curi2 ms jg semak modul. Kerja sekolah..sy jarang2 bwk balik. Hal sekolah, biar je di sekolah...x yah pening2...

Pd 22hb Mac 2011 lalu, sy dijemput untuk menghadiri majlis penyerahan wang pampasan banjir dr Etiqa Takaful. Majlis brjalan begitu lancar, x perlu rebut2 utk ambil milik kita.

Semalam, ada tutorial ganti...mula kul 2.00. Sy bertolak lbh kurang pkl 11 lbh dr Segamat, kerana sy perlu bersedia utk mkn tghr & solat zuhur sebelum tutorial mula. Yang mnjadikan sy hampa ialah...lecturer cuma imbas2 topik lalu brdasarkan soalan yg kerap keluar. Topik 8 - 10 yg sepatutnya kitaorg bincang langsung x sentuh...dhlah topik susah...nk ingatkan pun susah...pulak tu...habis kul 3.30..!!! bengangnya sy... rs mcm sia2 sy dtg tutorial smlm. x dpt sesuatu yg baru. membazirkan masa sy dtg jauh2 dr Segamat. Tempoh prjalanan 1 jam 30 min.. rsnya kalau sy ulangkaji modul kt rmh lagi BAIK!!!

Hari ini pulak, ada penyerahan wang ihsan banjir kt Dewan Paya Pulai. Sy dtg pkl 9 ambil no saluran. Bila nk beratur, ada yg ckp duit blm sampai...pkl 11 nanti br ada. Sy pun balik & pergi ke kedai sementara tunggu pkl 11.

Pkl 11.15 dtg kembali...bila jalan menghala ke Dewan sesak, sy ambil keputusan brpatah balik. duk rmh lagi sedap.. Lps zuhur dlm pkl 2 sy pergi semula ke dewan tu. Masih sesak lg...!! beratur punyalah panjang, ikut abjad nama. no saluran yg ambil pagi td dh x guna langsung... pening pun ada, sebab brmacam2 kaum manusia ada + bau yg brmacam2...ada yg jerit2 lambat!! Bila org blkng tolak sy & suruh cepat naik, sy marah balik.."belum panggil lg..tlglah jgn tolak sy..nnti jatuh, susah!!!" Semuanya memerlukan kesabaran yg tinggi.

Akhirnya, smpai jg giliran sy...Fuhhh!!!! Leganya rasa...Syukur alhamdulillah...Sekurang2nya semuanya ini dpt membantu sy ganti brg2 yg rosak smasa banjir aritu...

Beginilah keadaan selepas sy selamat terima ihsan banjir...

Jadi kenangan...slip mangsa banjir & smpul surat wang ihsan banjir..

Tiada ulasan: