Pengikut

Isnin, Mac 14, 2011

Tsunami - Yang sudah dijangka

Kisaran Tsunami Jepun..

Jepun merupakan sebuah negara yang maju. Sentiasa bersedia menghadapi bencana kerana negara Jepun merupakan negara yang cenderung dilanda becana, digegarkan dengan gempa bumi, ditaburi lebih 100 gunung berapi dan dihambat taufan. Situasi ini membuatkan kira-kira 128 juta penduduk Jepun dan kerajaannya lebih bersedia menghadapi malapetaka berbanding negara lain.

Jepun telah menyediakan "langkah persediaan" keselamatan terhadap penduduknya dengan melakukan latihan berulang kali sebagai langkah menghadapi bencana.Bahkan bangunan-bangunan tinggi telah dilengkapi struktur pembinaan yang kukuh. Penduduk-penduduk Jepun tahu mengenai latihan bencana seperti menyimpan barang beg kembara berhampiran pintu sebagai langkah persediaan. Beg tersebut berisi makanan dalam tin, minuman dalam botol dan makanan kering. Warganya juga tahu, mereka harus bersembunyi di bawah meja untuk berlindung dari objek jatuh. Kebanyakan warga Jepun melanggan amaran gemba bumi menerusi telefon bimbit. Cara ini dianggarkan kurangnya nyawa terkorban dan bangunan-bangunan tinggi selamat dari bencana.





Gempa bumi dan Tsunami berukuran 8.9 magnitud.
meninggalkan kesan...










Inilah gambaran kekuasaan Allah, sejauh mana kita merancang namun kehendak Allah tiada siapa yang boleh mengatasinya...

Tiada ulasan: