Fahrol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada asalnya dalam bahasa inggeris iaitu computer-based instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.
Siti Fatimah (2001) pula mendefinasikan pengajaran berasaskan komputer sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.
Pembelajaran berasaskan komputer dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru adalah digunakan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Proses ini amat-amat memerlukan interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer.
Pendidikan Negara Malaysia telah meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian. Justeru wajarlah pendidikan di Malaysia diwacanakan sebagai “pendidikan bertaraf dunia” bagi melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis,kreatif dan inovatif.
Kementerian pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep sekolah bestari yang bermula pada januari 1999. Munculnya pemikiran baru dalam pendidikan, perkembangan teknologi dan ledakan maklumat memaksa kita melihat dan mengubah proses pengajaran dan cara menguruskan kurikulum sesuai dengan era tersebut.
Pada tahun 2004, bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi sama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Selaras dengan perkembangan dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer amat digalakkan dalam bidang pendidikan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia.
Oleh kerana penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia masih baru, Kerajaan telah berusaha untuk mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa bermaklumat.
Alensi dan Trollip (1985) mengaitkan pengajaran berasaskan komputer dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. Ini kerana komputer merupakan satu alat yang dapat menjana pengkomputeran dan membuat sesuatu keputusan logik dalam masa yang lebih singkat berbanding seorang manusia.
Berbanding dengan kaedah tradisional yang biasa digunakan dalam bilik darjah, biasanya tidak menyediakan sumber dan suasana yang tidak dapat menarik dan merangsang minat pelajar. Guru-guru pula menghadapi masalah kekurangan sumber dan masa untuk menyediakan dan menggunakan alat bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Oleh itu, aplikasi media pengajaran terutamanya komputer perlu dieksploitasikan oleh para pendidik untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
1 ulasan:
dah ramai folower klong...tahniah..hheee
Catat Ulasan