1. 100 hari: seluruh badan rasa bergegar
2. 60 hari : pusat rasa bergerak2
3. 40 hari: daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kpd orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya shingga saat kematiannya. kadang2 orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut trsebut dan akan sering kelihatan seperti sdg runsing.
4. 7 hari: mengidam makanan.
5. 5 hari: anak lidah bergerak2
6. 3 hari: bahagian tengah dahi rasa bergerak2
7. 2 hari: seluruh dahi rasa bergerak2
8. 1 hari: terasa bahagian ubun bergerak2 di antara waktu subuh dan asar,
9. Saat akhir:terasa sejuk di bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bhgian blkg badan) seelok2nya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap2.
****Bila malaikat mencabut nyawa****Baginda s.a.w bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dlm lubang2 kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasulullah s.a.w lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibril a.s akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s"
Kalau orang yang nazak itu munafik, maka Jibril a.s akan menebarkan sayap sebelah kirinya. Makaorang yang nazak itu dapat melihat kesusukannya di neraka dan dalam masa itu, orang itu tidak lagi melihat sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa Allah s.w.t menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila melaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t." Setelah malaikat maut mendngar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain. "Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah s.w.t maka malaikat maut pun mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak2 yatim dan keluar penulisan ilmu. maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimua untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak2 yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu. "apabila gagal malaikat maut mencabut roh irang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengat bacaan al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut nyawa orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah. "Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah sw.t. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. "Sebaik saja mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkn Asma Allah s.w.t. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah s.w.t maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a. "Roh itu menuju ke tujuh tempat:
1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga 'adnin.
2. Roh para lama menuju ke syurga Firfaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada brterbangan seperti burung si syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan bergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak2 orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang2 kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereja diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari kiamat. "Telah bersabda Rasulullah s.a.w: tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya.
1. orang2 yang mati syahid
2. orang2 yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan
3. Orang2 berpuasa di hari Arafah.
Sumber petikan:
3 ulasan:
Apasal blog ni berat gila....
Kalau dah ajal susah macam mana pun tetap tercabut jugak nyawa tu yee.
Firaun yang hebat tu pun mati jugak.
x jgk laaa....akk bkk mcm biasa je....net zaki yg lembap kot!
Assalamualaikum...
(blog ini tiada masalah "berat"... Waras je, takde apa yg gila....)
Ada orang yang permulaan dan pertengahan kehidupannya berada dalam keadaan baik dan alim / waraq, tetapi di hujung nyawanya mati dalam kekufuran atau syiriq.
Ada juga orang yang semasa awal dan pertengahan kehidupannya bermula kurang baik, banyak dosa tetapi di akhir hayatnya dia mati dalam keadaan beriman hanya kerana satu amal ibadah yang dikerjakannya dengan perasaan yang benar-benar ikhlas.
Walau apapun keadaan kita di dunia ini, berserahlah pada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Carilah kemanisan dalam mengerjakan amal ibadah terutamanya solat dan usahakan amalan yang baik secara konsisten, insya Allah kita akan dapat petunjuk dan hidayah dariNya...
Catat Ulasan