Orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang. Tidak ada sedikit pun kelembutan pada diri mereka. Hati mereka keras bagaikan kerang. Kurang peka perasaan, lagi tipis peri kemanusiaannya. berbeza dengan orang yang dikurniakan Allah Taala hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Dialah yang layak disebut pemilik hati yang agung penuh cinta.
Contohilah sifat kasih sayang Rasulullah s.a.w, ketika menitiskan air mata kerana menangisi gugurnya para syuhada. Begitu juga ketika air mata Rasulullah menitis disebabkan kematian putera beliau yang bernama Ibrahim...
"Inna rahmati wasi'at kullu syai'"
Itulah yang Allah katakan kepada kita untuk mengingatkan betapa luasnya kasih sayang Allah terhadap makhluknya. "Sesungguhnya kasih sayangKu meliputi segala sesuatu" Dan Allah tidak pernah dusta dengan apa yang dijanjikannya. Allah Yang Maha Rahman, Allah Yang Maha Rahim.
Fitrah diri manusia, mempunyai rasa kasih sayang terhadap ibu bapa, adik-beradik, suami, isteri, anak2, rakan dan insan yang berada di sekeliling kita. Dengan rasa kasih sayangMu ya Allah, terbitlah kasih sayang antara manusia yang membina satu ikatan ukhwah islami. Namun, kita harus sentiasa ingat, sesekali kita dilanda musibah, kekecewaan atau kesedihan kerana kehilangan orang tersayang...jangan lupa kepadaNya, kerana itulah peringatan dariNya agar kita sentiasa mensyukuri dan taat kepadaNya. Allah menduga bukan kerana Dia mahu menyusahkan diri kita tetapi ingin megetuk pintu hati manusia yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar manusia kembali lurus kepadaNya...
****************************************
Ketika hendak memadam mesej2 yang ada dalam handphoneku, aku terbaca satu sms yang berbunyi..." Salam....semoga Allah menemukan kita di masa akan datang...InsyaAllah..."
Itulah sms dari anak muridku Asma binti Osman. Sampai kini dia masih sms aku...Sewaktu akhir persekolahan sesi 2011, aku amat terharu dan tidak dapat mengawal kesedihan ketika menyampaikan ucapan terakhir untuk anak2 murid...begitu juga murid2ku ada yang menangis... sayunya ku lihat ke wajah mereka...sesungguhnya aku sayang untuk meninggalkan mereka....sebelum balik, sempat juga anak2 murid kelasku minta no telefon aku...
Itulah perasaan kasih sayang seorang guru seperti aku terhadap anak muridku. Syukurlah kiranya 10 tahun akan datang, andai anda semua masih mengingati diri ini yang pernah mengajar & mendidik anda semua...
1 ulasan:
sedih baca...
Catat Ulasan